Dah lama ammi tak BW guna phone sebab nanti sakit hati masa nak tinggalkan komen. Geram tau.
Manjang jelah dia suruh kita sign in to google abih selama ni ammi tak sign in ke hapa? Hempuk karang.
Hari Sabtu haritu geram terliur tengok posting SK pasal pulut kuning dia, teruja sungguh nak komen sekali 3 kali ammi tekan butang biru tu. Tetap tak tersign in jugak. Hampeh sungguh.
Korang ada masalah yang sama tak macam ammi? Camna korang solve issue ni? Kadang-kadang bukan taknak blogwalking tapi bila kat office sangat sibuk takkan kita nak guna juga masa kerja buat kerja personal kan? Tu yang bila dalam MRT ke sambil-sambil tunggu grab jelah ammi view blog korang kat handphone tapi sakit hati bila tak boleh nak leave comment. Dah serupa silent reader gitu.
17 Comments
Dalam semenjak dua ni, kita belum terkena lagi masalah ni. Mungkin Ammi kena buat pulut kuning dulu, hihi.
ReplyDeleteadoiiiii..nak buat tu mmg teringin tp risau bila dah buat kang makan tak hingat dunia. Acaner misi road to 55kg nak success
DeleteKena tengok setting pasal cookies kut?
ReplyDeleteSaya tidak pasti. Harap jumpa penyelesaian. Kalau saya menangis sebab guna telefon bimbit untuk komen.
Cookies famous amos? ahaksss gurau.
Deletenanti ammi try gi kat setting tu
ammi kena sign in ke blogger dulu menerusi browser yg sama. Lps tu baru BW. Tu yg abe kie buat bila hadapi masalah camni. Harap dpt membantu.
ReplyDeleteohhhh...baik. kita cuba. tq abe kie
Deletejarang sgt bw or update guna hp...feel dia lain.
ReplyDeletetulah..tp terpaksalah. sbb kadang-kadang kat rumah on lappy banyak pulak benda lain nak buat..kat office tak cukup masa
Deletekadang2 kena jga bila dgn hp. sign in google sb ciknur byk pula email lain2
ReplyDeleteAlhamdulillah PH takde masalah... Sori, nak advise pun tak reti :(
ReplyDeletekita pun samaaaaa. sbb tu tak boleh nak komen huhu
ReplyDeleteSaya ni boleh dikatakan rabun jugalah pasal dunia IT. kalau kena kat saya, tak tahulah nak buat cemana.
ReplyDeleteAlhamdulillah PC setakat ni OK lagi bila nak komen atau blogwalking blog sahabat blogger.. risau juga..
ReplyDeleteDah lama mengalaminya Ammi. Rasanya kalau guna iphone atau ipad memang ada masalah ni kot. Dulu boleh tapi mungkin sebab update iOS terus ada masalah ni. Memang tak dapatlah nak komen guna phone. kena guna pc/laptop juga kaedahnya. Sabo je lah. Nak juga sesambil tu tinggalkan komen kan, tapi itulah kecewa je.huhu...
ReplyDeleteperit owh bila jadi macam ni.. Terus terkubur semangat nak blogwalking.. huhuhu..
ReplyDeleteHuhuhu...simpati...tapi jangan la hempuk handphone tu🤣
ReplyDeleteDulu-dulu ada jugak blogwalking pakai phone, tapi memang renyah, payah, leceh sangatlah. Sekarang kalau tak on komputer memang takde la saya nak komen guna phone dah, kadang buat menyirap darah je lebih..
ReplyDelete