Setiap hari di awal pagi Ammi berkata-kata dalam hati "harini kalau boleh nak kurang marah anak-anak". Dalam doa selepas solat subuh selalu je ammi sebut "tinggikanlah tahap kesabaranku dalam berdepan dengan anak-anak Ya Allah".
Dan kadang-kadang tu, baru je lepas doa, baru nak cabut telekung, ehhhhh mendidih pulak dada bila kat luar bilik si bujang berdua tu bergaduh pagi-pagi. Sambil gantung telekung, sambil istighfar. Sabar ammi sabar. Dorang dok bergaduh sapa yang patut bangun dulu, sapa yang kena mandi dulu.
Dah sudah mandi karang bergaduh lagi sebab yang kecik tak gantung tuala. Bila si abang tegur yang kecik melenting. Yang si abang pulak kadang-kadang cara menegur macam abang tiri gayanya. Kalau dengan kawan bukan main lagi lembut bahasa....bila dengan adik ewahhhhhh main tinggi-tinggi suara gitu. Sudah tu bergaduh lagi sebab yang last solat subuh tak simpan sejadah. Ammi kat dapur yang tengah siapkan sarapan dorang cuba istigfar...lantak koranglah janji cukup masa sampai kat meja makan.
Dah settle urusan bergaduh dalam bilik, sampai kat meja makan bergaduh lagi. Bergaduh sebab abang sendukkan terlebih sikit. Si kecik hangin sebab dia kena habiskan. Yang si abang tu pulak sengaja sendukkan lebih. Payah betul anak lelaki ni nak berkompromi.
Kadang-kadang tu ammi yang tengah mandi dalam bilik air geram je dengar dorang bergaduh mulut. Tak cukup gaduh mulut kadang-kadang gaduh tendang-tendang kaki bawah meja. Pastu yang kecik confirm menangis. Abah yang duduk mengaji kat luar tu tenang sungguh ibarat dia tengah mengaji kat tepi air gunung yang mendamaikan. Pelik ammi camna dia boleh tutup telinga dan fokus mengaji.
Bila jadi camni, mulalah Ammi yang sepatutnya boleh mandi tenang-tenang tak sampai 5 minit dah keluar. Bila ammi dah keluar siap korang....memang ammi tarik je sideburn tu. Pastu mulalah dua-dua drama airmata sebab sakit sideburn kene tarik.
Itu baru episod dari pukul 6 pagi ke 7.20 pagi sebelum dorang keluar rumah. Belum lagi episod kalau hari cuti yang ammi kena hadap dorang dari pagi sampai ke malam.
8 Comments
hahahaah dapat ku gambarkan keadaannya kak, teringat adik-adik dulu pun perangai gitu. Si aiyan pun kdg buat hal jugak walaupun sendiri, kadang nk pakai tali tie sedangkan tinggal sarung kt kolar tarik je itu pun dia boleh salah sampai nangis2. Kadang butang baju pun sama, sampai nangis2 dana diamkan je sbb mls pagi2 nak bising, takut jiran-jiran teperanjat. Singa betina mana lah sesat kat kuarters kami kan heheheh
ReplyDeleteNikmatilah Ammi. Nanti dah besar, rindu suasana kecoh macam ni. Sabar Ammi Sabar. Tenang sungguh seorang abah. Mengaji tenangkan hati dan fikiran, begitulah kaedahnya :)
ReplyDeleteHahaha.. kelakar. Kita pulak asyik marah kucing aje sebab suka sepahkan rumah, hahaha.
ReplyDeleteAssalamualaikum... jemput join GA saya https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2022/10/giveaway-contengan-cuya.html
ReplyDeletei feel you...aku pun. tambah2 lelaki & perempuan..x selalu la but ada masa nya..memang gaduh. yg abg menyakat, yg adik pun x ngalah..adoi la...
ReplyDeleteciknur zaman ank sek dulu cam gini jga kan. ank lelaki garang dgn adik2 . Kadang camtu lah dah marah2 bila reda rasa menyesal.pula
ReplyDeletehaha expectation vs reality.. apapun yg penting anak2 terdidik dgn sempurna tak kisahlah kalau maknye tetiba bertukar jadi raksasa demi anak hihi
ReplyDeleteHadoilah.. boleh Sha bayangkan tu Ammi.. Samalah kita.. Selalu niat tak nak marah-marah tapi eh.. Pagi-pagi diorang buat hal.. Jenuhlah tahan sabar.. hahaha..
ReplyDelete