Nasi lemak memang makanan kesukaan rakyat Malaysia. Family ammi pun semua suka nasi lemak kecuali Ammi. Ammi ni bukanlah tak suka macam sampai tak makan...ammi sejenis yang kalau ada ammi makan, kalau takda its ok...ammi jarang nak mencari. Takdalah sampai 3 hari tak makan nasi lemak terus meroyan.
Ada satu situasi yang sampai abah pun tanya 3 kali betul ke nak nasi lemak?
Ceritanya ammi tengah pregnantkan si Khilfi. Masa tu macam baru je nak elok sikit dari gejala morning sickness yang sampai berat badan ammi pun turun berkilo-kilo. Abih minum air pun terkeluar balik apa ceritakan?
Pagi tu abah tanya ammi "awak nak sarapan apa?". Ammi jawab "nak nasi lemak letak sambal petai"...ha gitu. Terkejut abah sampai 3 kali dia tanya...dan terus tune ammi jadi high sikit. Geram pulak kita masa tu kan.
Mau abah tak terkejut...dahlah mintak nasi lemak yang tak pernah-pernah ammi mintak...pastu mintak sambal petai pulak tu. Tak pernah ammi nak sentuh petai tu...tiba-tiba request sambal petai. Mesti dalam hati abah masa tu cakap...buang tabiat agaknya isteri aku ni.
Dan hari Ahad haritu, untuk kali kedua sepanjang usia perkahwinan kami 18 tahun ammi masak nasi lemak. I sendiri terkejut uolllllsss. Harap-harap ini bukan kes buang tabiatlah...kalau ditakdirkan Ammi meninggal esok lusa korang jangan lupa sedekahkan Al-Fatihah buat ammi ye...kenang daku dalam doamu gitu.
11 Comments
Lapar terus saya hehe
ReplyDeletesik baik td sy mkn nasi lemak😁
ReplyDeletetk pernh lg masak nasi lemak hehe...mmg nasi lemak fav..nk2 kalo ada mcm2 lauk kan
ReplyDeleteAlhamdulillah.
ReplyDeleteNasi lemak hidangan tradisi rakyat Malaysia.
Nampak sedaplah nasi lemak tu.
ReplyDeleteAnak saya yang sulung memang suka betul nasi lemak. Makan nasi lemak hari² pun takpe agaknye dia tu 😆
ReplyDeleteyum yum..semua complete, siap ada salad lagi.. i like!
ReplyDeletefav iris ni nasi lemak..hari2 pun ok je
Lain macam dia punya mintak tu Ammi. Mahu tak terkejut abahnya pun. ini pulak masak..Mimpi apa Ammi agaknya sampai masak nasi lemak. Lawankan je dengan apa ikut selera kita. hehe...
ReplyDeleteSamalah, kalau ada, makan. Kalau takde no hal. Tapi tak pandai sangat masak nasi lemak dan sambal tumis sesedap Mak
ReplyDeleteKita punya rumah kita punya sukalahkan nak lawankan nasi lemak tu dengan apa ---- yg ni kelakar! hehehe
ReplyDeleteYaaa, janji selera la nak makan.. hahahhaa.. Kan road to turunkan berat sekali.. Kena lebihkan sayur gak.. Ops... Tolo tu penting.. harga dah makin naik.. Hehehe.. Cik somi puji, ok letteww .. Kena masak lagi dan lagii nampaknya.. Hewhewww
ReplyDelete