Biasa tak kita dengar kalau kita kemana-mana ajalah orang akan selalu panggil anak dara mereka untuk bantu.  Tak kisahlah untuk kemas ke, siapkan makanan bila ada tetamu ke, nak siapkan tempat tidur tetamu ke.  Anak lelaki buat apa?  Kebiasaan yang ammi tengok, anak lelaki duduk tengok tv atau pegang phone di tangan.

Ammi pun kadang-kadang gini juga.  Sikit-sikit Kyra, sikit-sikit Kyra.  Bukan taknak panggil yang lelaki berdua tu tapi rasanya bila Kyra yang buat kerja tu teratur sikit, lebih kemas, lebih ada rupa.  Tapi lama-kelamaan ammi fikir, kalau ammi tak train anak-anak lelaki ammi, apa akan jadi nanti bila anak lelaki ammi dah jadi suami orang?  Akan jadi suami pemalaskah mereka?  Akan jadi suami yang hanya tahu mengarahkan mereka?



So, ibu-ibu diluar sana, jomlah kita bahagikan tugas untuk anak-anak kita.  Jangan hanya nampak anak perempuan sahaja.  Memang outcome dia akan berbeza dan mungkin tak menepati piawaian kita...takpe kita betulkan yang tak betul tu senyap-senyap supaya dorang takdalah rasa kerja yang dorang buat tu tak dihargai.  

Kalau dirumah..dan sekiranya ketiga-tiga anak ammi ada, ammi bahagikan tugas

Sapu rumah - Kyra
Lap habuk - Ozil
Mop rumah - Khilfi

Potong bawang - Khilfi
Buang tangkai cili - Ozil
Bersihkan peti ais - Kyra

Ammi buat apa?  Ammi jadi mandur yang supervise kerja anak-anak.  Tapi bila anak-anak mula buat kerja dapur masa tu ammi confirmlah kat dapur juga...sambil masak sambil intai betul ke tidak cara dorang buat.

Abah buat apa?  Sila basuh jamban! dengan dinding-dinding sekali, dengan sinki sekali.  Kalau tak cakap gini nanti abah basuh toilet bowl je uolllss..nak kena cubit juga lelaki yang paling tua dalam rumah ni.  Abah membesar tanpa mak sedari usia dia 8 tahun.  Jadi ammi maafkan.  Ahaksss.