Berbalik pada kisah dapat hadiah jam haritu kan.. ramai yang tertanya-tanya perihal lipstik nan sebatang ammi tu.
Lepas je episod nangis-nangis tu ammi pergilah ke tempat ammi semula. Kejap tu boss datang dia cakap ..
Boss: if you wanna head off early, you may Shila.
Ammi: Early means? Now? (nampak tak gelojohnya?) Baru pukul 3.40 Shila ooiii
Boss: Why not...pack up and see you next week.
Aterrr dah kata pack and go macam kena halau pun iye juga, kita pun lelaju off pc dan "bye, see you next Monday...gitu".
Lipstik?
Ammi pun lupa sebenarnya ammi letak kat mana. Sama ada atas meja boss ataupun atas sofa dia atau pun dalam beg telekung. Memang serius tak boleh nak recall. Berserah jelah. Ada lipstick adalah...kalau takde kenalah beli baru sebab lipstick tu pun mmg dah sampai masa untuk dibeli baru.
Tau-tau hari Isnin tu ammi masuk kerja ammi tengok dia park lipstik ammi atas botol air ammi gini.
Haaaaa...comel tak bos kita? Mujur girlfriend dia tengah sambung Master kat overseas kalau tak tu tetiba girlfriend dia datang office tengok ada pulak lipstik murah sapa sesat atas meja boyfriend dia kan.
Lipstick ni pun dah tahap boleh dibeli baru dah... dah kata itu je sebatang yang ammi ada makanya tengoklah ha dah kat mana levelnya. Ni dah pulas habis dah ni.
3 Comments
hah bos soh balik awal..jgn tgu2 hehe...eh lipstik kita sama la..suka yg ni..dh 3 x beli code kita guna 02 mocha
ReplyDeleteBetul betul guna sehabis baik ni Ammi. Kalau saya tak sempat nak habis dah expired dulu. Boss Ammi yang baik lagi comel gitu.
ReplyDeletealahai..baik nya boss.. syukur alhamdulillah sgt kan...
ReplyDelete