Tak perlu fikir apa orang kata.  Serius sangat tak perlu nak sentiasa berpegang pada istilah "nanti apa orang cakap".  



Ada benda yang memang kita kena fikir "nanti apa orang cakap".  Contoh, bila kita tak ajar adab pada anak-anak.  Anak kau kalau tak diajar cara duduk yang betul, cara cakap yang betul, cara makan yang betul sejak dari rumah, sejak dari kecil, itulah yang dorang akan bawa ke rumah orang.  

Tapi benda-benda macam kereta kau dah berbunyi-bunyi, kereta kau dah hampir 15 tahun digunakan, sofa ko berlubang, langsir kau dah lusuh, kasut kau dah koyak itu semua tak perlu nak fikir tentang apa orang lain cakap sebab dorang takda pun buat collection duit untuk nak gantikan benda baru untuk kau .

Biar lusuh, biar berlubang janji bersih.  Janji rumah kau berkemas.

Biar baju atau tudung kau ulang pakai 3 kali seminggu janji baju dan tudung kau tak bau hapak.  Silalah basuh selepas pakai, bukan ulang pakai tanpa dibasuh.  Itu memang ko kena fikir nanti orang cakap apa kalau ada bau busuk.  Paham?

Biar kereta kau berbunyi-bunyi janji kau tak guna kereta dorang.  Kau tak mintak dorang isikan minyak kereta kau.


Berbelanjalah ikut kemampuan bukan ikut apa orang cakap.