Ammi ni terjoin satu group yang sediakan cerita-cerita India Selatan kat Telegram.  Jadi korang bertabahlah ye bila ammi buat review cerita Tamil memanjang.  Best-best pulak cerita yang ada kat situ.  Kalini ammi tengok cerita yang melibatkan post-mortem, kepolisan, ke'sial'an.  Eh tercarutan pulak.

CADAVER

Cadaver dalam bahasa Inggeris bermaksud mayat yang digunakan untuk kajian, penyelidikan.  

Cadaver dalam bahasa Tamil bermaksud Tuhan (kalau tak silap Ammilah)

*******************************************

Filem bermula dengan seorang lelaki misteri menculik dan membunuh dengan kejam seorang ketua pakar bedah sebuah hospital terkenal di bandar itu, Dr. Salim Rahman.  Dr. Bhadra Thangavel, yang merupakan pakar patologi, yang membantu Inspektor polis, Vishal dalam mengendalikan kes itu. 

Pada masa yang sama, seorang banduan di penjara, Vetri yang selalu "vowed" untuk membunuh pakar bedah yang sama dengan melukis potretnya di dinding selnya.  Apabila berita ini bocor, pesuruhjaya dan ahli patologi tidak mempunyai pilihan selain menyoal siasat Vetri.

Walaupun berada dalam penjara, banduan itu berjaya membunuh sasaran keduanya seperti yang dia ikrarkan.  Ini mengejutkan semua yang sedang menyiasat kes ni dan dorang sedar mesti ada seseorang yang bantu Vetri dari luar.  Dan mangsa kedua juga berkait rapat dengan mangsa pembunuhan yang pertama.  Begitu juga dengan mangsa ketiga.

Kemudian, keseluruhan filem itu berkisar tentang Vetri dan mendiang isterinya Angel dan hubungan mereka dengan kes itu. Angel sebenarnya sedang hamil ketika kematiannya dan bedah siasat yang dilakukan oleh doctor yang dibunuh tulah...Dr Salim Rahman. Bhadra membangkitkan soalan dengan Vishal bahawa mengapa seorang pakar bedah jantung perlu menjalankan bedah siasat ke atas Angel, kerana punca kematiannya adalah kerana kehilangan darah dari kepalanya. Ketika itulah mereka mendapati ada sesuatu yang mencurigakan dengan bedah siasat. Bila mayat Angel dikeluarkan semula dari kubur setelah 4 tahun kematiannya dan Dr. Bhadra buat post-mortem semula, dia dapati post-mortem tak pernah dilakukan ke atas Angel tapi jantungnya hilang.

*******************************************

Twistnya disini.

Dr. Bhadra sebenarnya pernah berjumpa dengan Angel sebelum kematiannya.  Anak dalam kandungan Angel tak mati pun...tapi dimana? Siapa Dr. Salim Rahman? Siapa yang guide Vetri didalam penjara untuk lukis muka-muka orang yang hendak dibunuh padahal Vetri sepanjang masa dalam penjara?  Siapa Priya? Apa kaitannya dalam cerita ni?

Korang pergilah cari cerita ni dan tonton.  

Tak adalah menarik sangat...tapi untuk jadi bahan hiburan bersama keluarga ok je.  Takyah pening-pening.  Layan je.

Bila tengok movie ni dan-dan Khilfi kata besar nanti dia nak jadi Criminologist.  Eh, semua cerita awak tengok semua awak nak jadi.  Tapi memang kerjaya bermula dari cita-cita, cita-cita bermula dari angan-angan.  Semoga awak jadi apa yang awak nak jadi.