Awal bulan Julai 2022 ammi dapat email dari Google Adsense ("GA") untuk ammi provide alamat supaya dorang boleh poskan pin pada ammi untuk verification.  GA ammi dari blog lama tak boleh guna sebab dorang blocked ammi habis-habisan.  Apa salahku ntah.

So, untuk blog baru ni ammi memang start from zero.  Masa register email ammi buat email baru dan kiranya fresh sungguh blog ni tanpa ada guna apa-apa maklumat email lama ammi.  Lepas buat blog baru dan register domain semua baru ammi mula apply untuk GA.  

Alhamdulillah, less than a year, ammi dapat email untuk verification sebab amaun terkumpul dah melebihi treshold.  Ammi pun dengan hati yang berbunga-bunga provide dorang alamat rumah.  Tunggu punya tunggu, excited setiap kali balik kerja benda pertama ammi buat ialah check postbox.  Hampa.

Bila dah hampir sebulan berlalu, dan layak untuk request for replacement pin…ammi pun hantar permohonan ke-2.  Begitulah sampai akhirnya iklan diblog ammi dihentikan sebab tempoh untuk nak verify dah tamat.  

Ishhhhh mustahillah 4 kali request semua ada masalah atau orang-orang kat Google yang tak hantar keluar? So, bila Ammi google ramai je ada masalah yang sama.  Cara terakhir untuk verify akaun tanpa ada pin number dari Google adalah buat pengesahan guna Government ID (Kad Pengenalan) dan lain-lain dokumen sokongan yang boleh mengesahkan alamat kita. 


Cara Mengesahkan Akaun Adsense Tanpa Pin (Steps to Verify Adsense Account Without Pin

1.  Pastikan telah membuatkan 3 kali permohonan pin (guna alamat)


2.  Pergi ke page Google Adsense dan click Payment dan troubleshoot disitu


3.  Tekan pada link PIN troubleshooter tu



Masa troubleshoot ni nanti dia akan tanya dalam 4 soalan kot...korang jawab je.  Pastu dia akan directkan korang ke pagi PIN macam kat bawah ni.

4. Tekan link Personal Identification Number (PIN)



Fill up apa yang dia request.   Ammi attach kad pengenalan dan bil elektrik rumah yang alamatnya sama macam dalam kad pengenalan.  Korang scan document tu pastu palangkanlah untuk keselamatan dan ammi tekan butang submit.


Tak sampai 30 minit terus dapat email kata permohonan berjaya dan malam tu dah kembali menari riang iklan kat blog ammi.  Alhamdulillah.

Pada yang tak dapat PIN tu takyah risau sangat.  Orang-orang yang kat pejabat dia yang malas nak hantar keluar PIN tu...hohoho.  Buat cara camni jelah sonang.