Haritu ammi jawablah satu survey kat handphone. Ammi ada join apps Milieu ni dan bila kita jawab survey yang dia bagi tu kita akan dapat points dan points yang terkumpul tu nanti bolehlah kita tukarkan dengan voucher ke atau apa-apa yang dia offer. Korang kalau nak jawab survey sambil baring-baring, tau-tau ada income sampingan tekan kat link code ni ye.
Dia tanya snek Deepavali yang mana yang paling ammi suka. Ammi jawab Nei Urundai. Sedih ok tengok tak ramai yang suka. Murukku tu ko boleh makan anytime. Cina, Melayu pun dah pandai buat. Tapi Nei Urandai ni memang orang India jelah pandai buat.
Serius memang itulah yang paling ammi suka tiap kali time Deepaveli. Aunty ammi tau kesukaan ammi, jadi biasanya kalau sebelum balik tu mesti dia packkan berbijik-bijik untuk anak buah hantu dia ni.
Nei (read: ney-yi / nei) maksudnya ghee atau minyak sapi.
Dalam hidangan ni ada gajus, badam, ghee, serbuk pelaga, gula. Tapi ammi tak pasti cara penyediaannya.
Photo credit to kannammacooks.com
Lagi satu deepavali snack yang ammi suka adalah Kalle Urandai. Memang sejenis yang suka makan benda berbentuk urandai kot ammi ni. Urandai tu maksudnya bulat uolls. Kalle tu pulak maksudnya "batu". Memang keraslah kuih ni. Sebijik tu ko boleh makan dalam 1-2 jam gitu sebab nak kene kokak sikit-sikit. Itu duluuuuuu waktu gigi steady. Sekarang kalau makan wallahuahlam...
Tapikan Kalle Urandai ni dah jadi kategori kuih klasik yang dah jarang orang zaman sekarang buat. Ammi taktaulah renyah ke hapa sampai memang payah nak nampak dah. Ke ammi yang tak gi beraya rumah orang India kot.
Sendu je rupa dia kan? Tapi sedap sangat kat tekak ammi.
Ok...nampak tak saka anak India dah masuk dalam badan. Tiba-tiba menyesal Deepavali minggu lepas tak pergi beraya rumah makcik.
4 Comments
Dulu, sy bekerja di company milik bangsa India, jadi, bila ada apa2 acara, dapatlah jugak merasa manisan mereka. Mungkin tak kena dgn tekak sy, sy lebih suka masakan India yang masin dan pedas. Kalle Urandai tu, baru gigit sikit sy dah angkat bendera putih, hehe.
ReplyDeleteSyok Ammi dapat makan kuih kuih raya Deepavali. Yang saya tahu murukku je lah. Yang Ammi share ni baru kenal haa...
ReplyDeleteBak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta. Hehe. Dah kuih maruku je yang ramai orang tau, so maruku jelah jawapan majoriti
ReplyDeletemanisan ye? x pandai sgt makan..more to muruku la... and vadei
ReplyDelete