Haritu masa Ammi letak ini kat post untuk Wordless Wednesday Ammi geram je nak bercerita panjang. Tapi dah namanya pun "wordless"..jadi kita diam tak type apa-apa.
Ini sebenarnya sessi membuka aib sendiri ni hahahah. Tapi itulah habit ammi dulu eh sampai sekarang juga.
Ammi ni memang dari kecil ada habit gigit kuku. Kira masa kecik dulu tak pernah kantoi pun masa cikgu check kuku kat perhimpunan. Sentiasa lepas walaupun kuku herot-berot, senget-benget. Arwah mama dulu pernah letak halialah, cili giling lah kat jari taknak bagi ammi gigit kuku. Tapi halia tu salah satu yang ammi suka...apa ada hal. Masa kecik suka beli asam halia tu tau. Orang lain beli asam boi tu...ammi beli asam halia.
Dijadikan cerita bukan sahaja kuku kat jari tangan ammi gigit, kuku kat jari kaki sekali. Nampak betapa boleh masuk acara gimnastik ammi ni. Habit gigit kuku kaki berlangsung sampailah ammi dah kahwin. Tanjat abah balik kerja tengok bini dia gigit kuku kaki. Mujurlah zaman dulu tak ada handphone yang ada camera. Kalau tak confirm dah viral dah dek adik-beradik sendiri.
Bukan setiap masa ammi gigit kuku kaki tu...ammi gigit bila time membaca buku. Kalau tengok TV ke jarang ada keinginan nak menggigit kuku. Bila baca buku tak kisahlah buku teks sekolah sekali pun perghhhhhhh... naik syeh pulak nak menggigit.
Mesti ada yang kata "eeeeeeee pengotornya"... heiiii takkanlah kita gigit kuku time kuku tu berdaki. Mestilah lepas mandi dan jaranglah kuku berkeladak. Gila???? nak kena sesah ngan arwah mama kalau kuku kotor?
Tapi sekarang ni ammi masih gigit kuku jari tangan je...jari kaki udah ga bisa dan ammi cuma lambai-lambai je kat jari kaki. Selamat disitu.
6 Comments
baca entry ni trs teringat kwn seasrama dulu... apa khabar agaknya dia sekarang...
ReplyDeletehahahha tengah bayangkan camne rupa ammi tu sambil baca buku sambil gigit jari kuku kaki. Dana tak pernah cuba habit gitu, terlalu extreme rasanya untuk dicuba heheheh
ReplyDeleteNi bleh geng Dania la ni...suka gigit kuku sudahnya kuku dia tak cantik...sontot2 je...weyyy...SA pun suka asam halia kaler merah tu...la ni susah nak jumpa kan...suka sebab pedas2 manis masin...hehehe
ReplyDeleteha ha ha.....ada je kan kenangan masa budak2 dulu
ReplyDeleteAnak Sha Amani pun ada habit gigit kuku ini.. Jenuh larang dia.. Memang herot berot lah potongannya.. Kalau nampak memang Sha tegur..
ReplyDeleteTapi Ammi.. Extrem sangat tu sampai kuku kaki pun digigit.. hehehe..
Sama lah kita habit gigit kuku.. Kuku jari tgn.. Sampai luka kadang tu.. Sekarang dah menurun ke Aqil Naim.. Ibu plak suka gigit kuku bila tgh memikirkan sesuatu.. Ajenuh!!! ;)
ReplyDelete