Hari Jumaat haritu cutikan, dan kebetulan Along ammi pun cuti juga jadi jomlah kita gi melawat makcik-makcik kita yang lama kita tak jenguk.  Sambil melawat sambil sampaikan "hajat".

Adik-beradik arwah mama yang tinggal hanya 3 orang je.  2 perempuan di Seremban dan sorang lelaki di Kota Tinggi.  Gambar dengan makcik-makcik tak ambil.  Boleh?  Biadap sungguh.

Dah alang-alang singgah rumah Wak Mah yang sorang ni gilah juga nyinggah di rumah sepupu Kak Ngah yang selang beberapa rumah dari rumah maknya ni.  Abang sedara ammi (Along Khairi) ni accident bulan 5 haritu kalau tak silap.  Dia naik motor masa nak balik dari kerja tiba-tiba gelap je pandangan dan di pergi sondol kereta orang lain.  Dia ni memang dah didaftarkan sebagai OKU sejak kemalangan tahun 1995 dulu.  Berbulan coma masa tu, bila sedar dia dah bukan diri dia yang asal.  Masa bujang tu punyalah kitorang ni kalau gi rumah Wak Mah cukup takut dengan Along.  Garang gila dan sangat-sangat pembersih orangnya.  Dia balik kerja benda pertama dia buat kemas rumah, dia tepuk-tepuk kusyen kat ruang tamu.  Dia sapu rumah.  Lepas accident tu, berubah 360 darjah perangai dia.

Tapi walaupun dia dah tak sesempurna dulu tapi dia rajin singgah rumah arwah mama kalau dia on the way nak balik kerja.  Nanti ayat dia "Mama, kau masak apa harini,  aku lapar".  Arwah mama tak ambik hati pun ngan ayat "aku kau" dia tu sebab tau dia pun dah tak berapa nak sempurna dah.  Layan je janji dia masih tau salam hormat makcik pakcik, masih kenal makcik pakcik, sepupu anak buah semua dah bersyukur sangat dah.


Semoga Along Khairi cepat sembuh dan boleh berjalan macam biasa semula.  Tahniah Kak Ngah sebab sabar jaga abangnya yang macam-macam perangai ni.