Dah lama juga kisah ni..29.10.2022.

Abah ajak ammi join sekali, mula-mula plan oklah lepas Maghrib kita gerak ke Balakong nak support show amal Abang Ali.  Tapi masa maghrib tu ammi macam..takyah lah pergi.  Abah kalau ke situ mesti ramai geng-geng abah.  Macam menyibuk je ammi kat situ karang.  Biar abah jelah yang pergi.  Sesekali gathering dengan kengkawan.  Lagi pun kalau duduk rumah dapat juga ammi buat aktiviti ammi.

Tapi si kecik ni awal-awal dah excited sebab "dah lama Alip tak jumpa Uncle Ali" katanya.  Hmmmmm dia sorang jelah ikut abahnya.  

Abang ambil peluang sambung tengok cerita dia kat Netflix.


Nampak dah agak sihat Abang Ali.  Semoga terus sihat.





Abah kata sedap juga makanan kat Bulldozer Bistro ni.  Ammi tak pernah pergi pun.  Tengok crowd kat belakang tu pun boleh tahan jugak.