Khamis lepas (24.11.2022) anak-anak ada sambutan majlis hari kanak-kanak di sekolah dengan temanya "Flora & Fauna".
Dapat tau tentang event tu ammi pun orderlah baju bertemakan flora dari Shopee. Selalunya walaupun dari China dalam seminggu dah sampai...tapi kalini haukkkk.
Kononnya nak bagi anak-anak pakai baju pokok gini.
Tunggu punya tunggu hingga hari kejadian baju tak sampai. Balik kerja hari Rabu tu ajak abah gi cari baju santai-santai jelah yang mengikut tema. Rasa kesian pulak kalau tiba-tiba dorang kena pakai uniform je.
Pergi ke kedai Pakaian Hari-Hari jelah... beli baju belas-belas ringgit je sudah. Cari punya cari ini jelah yang ada. Baju yang Ozil pakai tu pun size S...kecik cenonet je. Belasahlah anak-anak. Janji masuk dengan tema.
Ammi balik kerja petang 24.11.2022 tengok kat depan pagar ada parcel. Hahahahhaha dah berlangsung majlis baru barang sampai.
Laju je si kecik ni test baju yang tak ada rezeki dia nak pakai kat sekolah.
Dah si Ozil ni cakap...Boleh tak nak pakai baju ni solat kat surau bawah. Ehhhhh kamu dah kenapa?
Ok...nikmatilah pakai baju ni sekejap. Kejap lagi ammi nak masuk dalam plastik semula. Entah ada rezeki nak pakai baju ni lain kali atau pun tidak. Mudah-mudahan tahun depan masuk sekolah baru tema dia adalah yang berkaitan flora fauna juga. Ahakssss
Betullah tu....kita hanya merancang Allah yang menentukan.
10 Comments
oklah tu mujur ada juga baju tema daun-daun kan kalau tidak tak best rasa pakai baju uniform sekolah je kan. Kadang kalau beli dari china ni nasib-nasib jugak awal ke tidak kak, kadang sampai awal tapi yang hantar kt malaysia ni yg lambat pun hauk jugak. Harap dapatlah Ozil pakai baju pokok tu nanti ye
ReplyDeleteala comei.. sayangnya lambat sampai baju pokoknya yer
ReplyDeleteOrder online kena bertabah parcel delay..nasibaik ada tmpt nk cr baju tu kan
ReplyDeleteTak ada rezeki dia nak bergaya jadi pokok ya..
ReplyDeleteHehe comelnya baju pokok..Tak ada rezeki pula nak pakai ke sekolah ye. Tak apa, simpan untuk majlis lain pulak sis.
ReplyDeletealahai comel baju pokok sygnya xdpt pakai..tu geram dgn shopee ni kadang delay melampau
ReplyDeleteAlahai sayang betul takde rezeki. Nasib baik sampai jugak. Simpan jelah kot ada anak orang lain tema sama, boleh pinjam
ReplyDeleteCUte sangat costume pokok tu!
ReplyDeletehaha..comey je pakai pokok tu..lambat sampainya..moga thn dpn tema sama juga..haha..
ReplyDeleteBeginilah nasib bila buat pesanan atas talian.. Ada masa laju, ada masa mengalahkan siput.. huhuhu..
ReplyDelete