Sabtu 19.11.2022 semua rakyat Malaysia yang layak telah menjalankan tanggungjawab mereka untuk memilih. Walaupun sehingga ke harini apa yang dipilih masih belum dimuktamadkan, tapi pilihan telah dibuat.
Yang tak dapat menjalankan tanggungjawab atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan tu dimaafkan. Kita merancang, Allah yang menentukan.
Ammi memang dah plan awal untuk pergi selepas masak, selepas lunch, selepas solat Zuhur. Malas nak berbaris panjang macam sebelum-sebelum ni. Ternyata ammi tak salah buat percaturan.
Along ammi jemput dalam pukul 2pm gitu. Sampai ke sekolah tempat membuang undi tu dalam pukul 2.10pm. Kononnya lepas dia drop ammi dia nak ke bawa anaknya ke Tealive beli minuman promo sempena election day. Tup tup selang 5 minit ammi whatsapp dia kata "I'm done". Serius laju sebab tak ada orang. Petugas-petugas bilik tu pun siap berborak-borak kat luar. Ammi dah tau saluran mana, sampai situ dia tanya Puan tahu nombor bilangan? Ye..terus bagi tau dan senang kerja dia. Celup-celup jari, pangkah eh dah siap.
Gambar pun lupa nak ambil...tapi sebab kawan ammi pun mengundi kat sekolah yang sama, ammi pinjam jelah gambar dia. Dia pergi lewat beberapa minit je dari ammi. Siap buat video catwalk bagai.
10 Comments
entahla ammi dah masuk hari keberapa ni masih senyap sunyi....
ReplyDeleteTanggungjawab Pemimpin Dalam Islam : https://mm-ahmadi-pg.blogspot.com/2022/11/tanggungjawab-pemimpin-dalam-islam.html
ReplyDeleteSaya sampai sapu moisturizer dekat kelupas tu ammi, rimas sebab sangkut2 merata!
ReplyDeletedah masuk tahap benci tapi rindu,benci menyampah nak layan tp duk tertanya2 kejap2 duk skodeng fb
ReplyDeletemaish menunggu kita siapakah bakal PM..entry p ngundi aritu kita masih dlm draft hehe..
ReplyDeletedah kuar dah ni ...so esok cuti tak?
ReplyDeleteDah dapat jawapannya. Harap inilah yabg terbaik
ReplyDeletecuaca ok ke kat sana masa hari mengundi tu?
ReplyDeletejenuh tunggu kannn
ReplyDeleteAkhirnya jawapan dah diketahui.. InsyaAllah Malaysia akan baik baik sahaja..
ReplyDelete