Assalamualaikum,

Bangun pagi ni rasa macam mana ntah. Ada satu perasaan yang tak dapat nak digambarkan. 

Malam semalam dapat perkhabaran bahawa kawan sekelas Khilfi kehilangan ibunya. Mood jadi auto sedih, auto sebak. Ya Allah kurniakanlah kekuatan buat anak kecil ini menjalani hidupnya tanpa ibu.

Dalam masa yang sama berharap agar semua rakyat Malaysia memilih dengan betul dan bijak dan semoga malam nanti kita dapat perkhabaran yang indah.




اللَّهُمَّ وَلِّ أُمُوْرَنَا خِيَارَنَا ، وَلَا تُوَلِّ أُمُوْرَنَا شِرَارَنَا

“Ya Allah! Lantiklah untuk urusan kami (pemerintahan) orang-orang yang terbaik di kalangan kami. Janganlah Engkau lantik untuk urusan kami orang-orang yang terburuk di kalangan kami.”


اللَّهُمَّ اجْعَلْ وِلَايَتَنَا فِيْمَنْ خَافَكَ وَاتَّقَاكَ يَا رَبَّ الْعَالَمِين

“Ya Allah! Jadikanlah kuasa wilayah kami pada orang yang takut kepada-Mu dan bertakwa kepada-Mu, wahai Tuhan yang mentadbirkan sekalian alam.”


اللَّهُمَّ لَا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا بِذُنُوْبِنَا مَنْ لَا يَخَافُكَ فِيْنَا وَلَا يَرْحَمُنَا

“Ya Allah! Janganlah Engkau jadikan pemimpin kami – disebabkan dosa-dosa kami – orang yang tidak takut kepada-Mu dan tidak mempunyai belas kasihan kepada kami.”


اللَّهُمَّ أَبْعِدْ عَنْهُمْ بِطَانَةَ السُّوْءِ وَالْمُفْسِدِيْنَ ، وَقَرِّبْ إِلَيْهِمْ أَهْلَ الْخَيْرِ وَالنَّاصِحِيْنَ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْنَ

 “Ya Allah! Jauhkanlah daripada mereka (para pemimpin kami) teman rapat yang jahat dan yang merosakkan. Dekatkanlah kepada mereka orang-orang yang baik dan pemberi nasihat yang baik, wahai Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.”


رَبَّنَا لَا تَجْعَلْنَا فِتْنَةً لِلْقَوْمِ الظَّالِمِينَ وَنَجِّنَا بِرَحْمَتِكَ مِنَ الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ

“Wahai Tuhan kami! Jangan jadikan kami sasaran fitnah bagi orang2 yang zalim dan selamatkanlah kami dengan rahmat-Mu dari tipu daya orang-orang yang kafir”


اَللّٰهُمَّ أ‌رِنَا الْحَقَّ حَقًّا وَ ارْزُقْنَا اتِّبَاعَهُ وَ أَرِنَا الْبَاطِلَ بَاطِلًا وَ ارْزْقْنَا اجْتِنَابَهُ

"Ya Allah! Tunjukkan kami kebenaran itu adalah kebenaran dan rezekikan kami agar dapat mengikutinya.

Dan tunjukkan kami kebatilan itu adalah kebatilan serta rezekikan kami untuk menjauhinya"


اللَّهُمَّ أَلْهِمْنَا رُشْدَنَا ، وَأَعِذْنَا مِنْ شُرُورِ أَنْفُسِنَا

 “Ya Allah! Ilhamkanlah kepada kami kecerdasan dan petunjuk, serta lindungilah kami dari kejahatan nafsu kami.”


آمين٢ يا الله 🤲🏻