Sabtu hari adalah hari "menopup" lauk dalam peti ais. Maafkan bahasa saya Cikgu Tan Peik Lee (cikgu BM masa sekolah menengah). Mesti cikgu hangin je kalau dengar perkataan bahasa Inggeris yang ada imbuhan di depan. Hahhahaha...puas dok pikir tapi tak jumpa perkataan.
Dah plan harini nak masak untuk lunch je sebab malam nak makan sama-sama kat luar lepas Abah habis game bola. Kalau hari Kyra kat asrama tu macam tak sampai hati je nak keluar makan. Bila dia ada baru semangat sikit nak keluar. Mak-mak memang gitu rasanya kan?
Buat sotong ala thai pedas.
Dengan cendawan goreng bersama daging.
Aktiviti memasak harini banyak si Ozil yang tolong. Dari kupas bawang, buang tangkai cili, siat-siat cendawan tiram tu, kupas kulit wortel (carrot), tumbuk bahan nak masak. Yang best masa ammi mintak dia hand blend bahan untuk masak sotong tu dia cakap "Rasanya macam dah besar je otot tangan Alip ni ammi. Kat perut pun ada muscle".
Halalalallala...baru buat kerja sikit dah ada otot. Abah hari-hari masak main tumbuk-tumbuk takde pun muscle.
Abang dengan kakak buat apa? Dorang kena sapu rumah, mop rumah pastu silalah mandi dan siapkan homework. Kakak kena buat presentation slide. Abang kena buat kerja RBT. Selagi tak siap tak payah ikut keluar petang karang.
Petang Abahnya ada game bola di Bukit Jelutong. Dalam pukul 3 lebih kitorang dah gerak ke sana. Sampai area situ ngam-ngam azan Asar dan moh le settlekan apa yang patut dulu di Masjid Tengku Ampuan Jemaah di Jalan Bazar U8/98, Seksyen U8, Bukit Jelutong. Pertama kali ke sini. Cantik, bersih, teratur masjidnya.
Ammi dok perati je budak ni. Ammi tunggu dia kat tepi tembok sebab lama pulak dia nak menggodek tudung dia tu. Dah settle, dia dok berdiri kat tengah tu, berangan menda ntah pandang keliling tapi tak nampak ammi.
Bila perasan mak nya ehhhhh tiberrrrrr.
Settle tu terus je ke tempat Abah nak main bola. Kat Radia Arena nama tempatnya. Sampai situ ehhhh ada macam-macam kat depan tu. Jadi, abah dan anak lelaki sila masuk dulu. Ammi dan kakak nak jalan-jalan jap. Tak ke mana, masuk ke Hero Supermarket je. Mak-mak sangat. Cari barang untuk Kyra bawak balik hostel esoknya so esok takyahlah gi sibuk keluar mencari jajan dia bagai.
Nak diet tapi ko beli satu pek besar jajan gini. Hmmmmm.
Banyak padang bola tempat ni..ada 4 ke 5 ntah. Dan kitorang main badminton kat laluan tengah ni.
Dekat je Masjid yang kitorang solat tadi tu dengan padang bola.
Hero tengah warm up...dia tengah sakit pinggang sampai ke belakang lutut tu. Tapi gigih main. 2nd half tu tak sampai 15 minit dia dah surrender. Kenalah orang lain jadi goal keeper. Goal keeper yang sorang lagi injured sebab retak jari...jadi ntah sapa-sapa je yang take over.
Tak puas main badminton, bola pun dia main jugak. Yelah dah namanya pun lelaki....kalau ada padang, ada bola memang jadi sesaja.
Sekianlah hari Sabtu kami. Gambar makan-makan malam sebijik pun takde.
10 Comments
Menopup tu sama tak maknanya dengan menambah? Hahahha.
ReplyDeleteseronok la..ada aktiviti mcm ni. aku asal weekend je makan2..adei la. susah tul nak jogging kalu weekend...
ReplyDeleteadudu sedapnya sotong ala thai pedas.
ReplyDeletesy pun selalu guna perkataan mcm Menopup tu hehehe
ReplyDeleteSotong Ala Thai tu nampak sedapnya..Cendawan pun..
ReplyDeleteWah,penuh aktiviti hari Sabtu ye..Aktiviti sihat..
Terliurlah pulak tengok sotong ala thai pedas tu.
ReplyDeleteMeriahnya lauk sotong ammi tu... buat ala² paprik ke tu ammi?
ReplyDeleteMenopup erk....boleh la guna gak ayat ni nanti..hahahaha
ReplyDeletesedapnyaaaaaa sotong ala thai tuuuuu👍👍👍
ReplyDeleteMak mak kalau makan mesti ingat anak. Sedapnya sotong pedas Thai tu Ammi. Adeh, gigih main bola walaupun sakit tu. Remaja, begitulah lumrah kuat berangan sikit kot kan. hehehe...
ReplyDelete