20 Disember 1999 jam 6.50 pagi.
Itulah detik ammi menjadi anak yatim diusia 20 tahun. Aca tinggalkan kami dalam keadaan dia duduk di kerusi kegemarannya.
Bakti terakhir seorang ayah pada ammi adalah...dia kejutkan ammi untuk bersahur. Ammi ingatlah lagi, pukul 4.45 pagi jam loceng berbunyi..ammi matikan. Aca hanya mampu kejutkan ammi dari tempat dia duduk "wake up girl, you will miss your sahur"...katanya.
Ammi bangun.. panaskan lauk seadanya sebab ammi sahur berdua je dengan arwah mama. Arwah mama memang terlelap kepenatan sebab sepanjang malam Aca tak boleh tidur. Aca batuk, sakit gigi, sakit perut...dan mamalah yang setia disebelah suaminya.
"I can't fast today, I have to see doctor at 8"... mungkin Aca rasa bersalah sebab tak sahur sekali. Aca memang perlu berpuasa sebab ada jadual untuk buat scope.
Lepas sahur ammi tidur balik. Bangun nak mandi gi kerja sebab masa tu ammi tengah buat practical training. Ammi tengok aca tengah "tidur" terlentok di kerusi kegemarannya. Ammi pun betulkan kepalanya dan pergi mandi. Tak jangka apa pun sebab panas je badannya macam biasa. Lepas mandi ammi tengok tangan Aca terkulai lain macam, kepala layu lain macam. Ammi gerakkan mama yang terlelap kat kaki Aca. Mama dah tak keruan.
Panggil Uncle sebelah rumah, dia datang baringkan Aca, check nadi dan cuba buat CPR dan dia geleng kepala. Ammi? I cried deep inside.
Teringat ayat Aca masa ammi jaga Aca kat hospital... "You are my strongest girl. Anything happen to me I don't want you to cry. Stand there and be there for Mama". Sungguh...memang payah ammi nak nangis. Tak menangis, seolah-olah ammi tak sedih atas pemergian Aca padahal ammilah anak yang paling rapat dengan aca. Tapi malam tu ammi tak boleh tidur, ammi nangis bertemankan arwah Ina.
اَللّهُمَّ اغْفِرْلِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَاكَمَارَبَّيَانِيْ صَغِيْرَا
Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku dan dosa kedua-dua orang tuaku. Kasihanilah mereka seperti mana mereka mengasihaniku sewaktu aku masih kecil.
Al-Fatihah buat aca dan mama, Arshad bin Abdullah dan Muslimah binti Wirio, adik perempuanku Premila binti Arshad dan sahabat baikku Julianawati binti Johar Ariffin.
10 Comments
Amiin..
ReplyDeleteSemoga roh mereka ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh🤲
Al fatihah buat arwah mak , ayah, adik dan kawan baik ammi. Sedih baca entri ammi pagi ini, kalau tak kenal mesti dana ingat hero hindustan mana tadi ammi
ReplyDeleteAllahu..sedih nya entry ko pagi ni.. Al fatihah buat mereka, moga Allah kurniakan syurga yg tertinggi buat mereka..aamiin...
ReplyDeleteInnalillahiwainnaillahirojiun, sebaknya akak baca. Rindu kan pada mereka yang telah pergi apatah lagi bapa dan ibu dan adik beradik sendiri.
ReplyDeleteAl fatihah buat mereka semua. Semuga Allah ampunkan dosa mereka. Aamiin. Ammi citer buat saya nangis teringat kedua orang tua yang telah tiada. Al fatihah buat mereka
ReplyDeleteAl-Fatihah buat kesemua mereka, semoga ditempatkan di kalangan mereka yang akan berbahagia di akhirat, sepertimana mereka telah membahagiakan ammi semasa hayat mereka... Amin..
ReplyDeleteAlfatihah untuk ibuayah ami..Ya Allah, ampuni dan rahmatilah dia. Selamatkanlah dan maafkanlah dia. Berikan kehormatan untuknya, luaskanlah tempat masuknya
ReplyDeleteInnalillahi wainna ilaihi rojiun... semoga arwah aca, mama, adik ammi dan kawan baik ammi ditempatkan di kalangan orang2 yg soleh dan solehah. Semoga Allah ampun dosa mereka, terima amal ibadah mereka dan masukkan mereka ke dalam syurga.
ReplyDeleteSemua orang tersayang, sedihnya. Sk pula kehilangan arwah abah masa usia 18 tahun. Muda lagi arwah aca Ammi ya masa meninggal tu. Kanser tiada ubat, paling gerun bila dengar perkataan tu.
ReplyDeleteAl-Fatihah kuhadiahkan buat semua kesayangan Ammi.
Aamiin.... semoga arwah aca, mama, adik dan kawan baik Ammi ditempatkan di kalangan orang² yang beriman Dan syurga buat mereka.
ReplyDelete