Ziarah-menziarahi memang satu amalan yang mulia. Disamping dapat berukhwah sesama manusia boleh juga mengeratkan silaturrahim.
Namun ada beberapa adab yang perlu dipatuhi khususnya bagi mereka yang bertandang dan berziarah ke rumah orang lain.
(Foto kredit Kibrispdr.org)
Adab menziarahi rumah orang lain
1. Makan dengan segera jika dihidangkan makanan dan minuman kepadanya.
Bila tuan rumah telah menghidangkan makanan dan menjemput kita untk makan, adalah baik sekiranya kita tidak melengah-lengahkannya. Bukan beerti kita terlalu gelojoh untuk makan, namun bukankah lebih baik sekiranya makanan segera dimakan dan tuan rumah juga dapat segera mengemas dan boleh beramah mesra.
2. Tidak menyusahkan tuan rumah.
Janganlah buat tuan rumah berasa serba salah dengan ayat seperti "dulu masa kecik kalau datang sini selalu dihidang dengan tut tut...terasa rindu pulak nak makan"...kan dah menyusahkan tuan rumah. Atau mungkin ternampak buah kelapa bergayut di depan rumah dan dan tu kita kata "sedapnya kalau dapat minum air kelapa fresh".
3. Beritahu terlebih dahulu kepada tuan rumah berkaitan siapa yang akan datang bersama.
Sekiranya dijemput oleh tuan rumah, maklumkanlah juga kepada mereka sekiranya bukan hanya kita suami isteri yang hadir, kita akan turut bawa anak-anak atau mungkin mertua, ipar duai yang kebetulan akan datang ke rumah kita pada masa tersebut atau yang turut serta dalam perjalanan ke destinasi yang sama. Ini bagi mengelakkan tuan rumah berada dalam keadaan panik kerana tiada persediaan untuk menyambut bilangan tetamu yang ramai.
4. Jauhi perkara-perkara atau perbuatan yang boleh menyusahkan dan menyakiti tuan rumah.
Janganlah sesekali komen jalan nak masuk ke kawasan tuan rumah susah untuk dicari, kawasan rumah macam dikawasan jin bertendang, "eh kecik je rumah kau..dalam gambar nampak luas", terkipas-kipas bagi menunjukkan rumah tersebut panas. Perkara tersebut mungkin gurauan buat kita tapi sebaliknya bagi tuan rumah.
(Foto kredit Google)
5. Sunat bagi tetamu untuk mendoakan kebaikan buat tuan rumah.
Ini berdasarkan perbuatan Nabi SAW ketika mana Baginda bertandang rumah Ubadah Bin Somit. Lalu Ubadah membawakan Baginda sepotong roti dan minyak minyak zaitun untuk menjamu Baginda. Lantas Baginda SAW mendoakan :
أَفْطَرَ عِنْدَكُمُ الصَّائِمُونَ ، وَأَكَلَ طَعَامَكُمُ الأَبْرَارُ ، وَصَلَّتْ عَلَيْكُمُ الْمَلاَئِكَةُ
Maksudnya :” Orang yang berpuasa berbuka puasa di tempat kalian, orang-orang yang baik makan makanan kalian dan para malaikat akan mendoakan kalian.
6. Tidak duduk dan singgah terlalu lama.
Sekiranya kita menziarahi orang sakit terutamanya, janganlah kita berlama-lama sehingga menyebabkan tuan rumah tidak senang duduk. Nabi SAW pernah memperingatkan kita tentang perkara ini. Sekiranya kita menumpang rumah saudara, janganlah tumpang terlalu lama. Selesai perkara yang hendak diselesaikan, bersegeralah pulang kerana tuan rumah juga ada urusan lain yang perlu diselesaikan.
Sabda Nabi SAW :
منْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَلْيُكْرِمْ ضَيْفَهُ جَائِزَتُهُ يَوْمٌ وَلَيْلَةٌ وَالضِّيَافَةُ ثَلَاثَةُ أَيَّامٍ فَمَا بَعْدَ ذَلِكَ فَهُوَ صَدَقَةٌ وَلَا يَحِلُّ لَهُ أَنْ يَثْوِيَ عِنْدَهُ حَتَّى يُحْرِجَهُ
Maksudnya :” Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka muliakanlah tetamunya. Memberi hidangan adalah selama sehari dan semalam.Layanan terhadap tetamu adalah selama tiga hari. Yang lebih daripada itu ialah sedekah. Tidak boleh bagi tetamu itu untuk duduk lama sehingga tuan rumah mengeluarkannya.” Riwayat al-Bukhari (6135)
(Foto Kredit ebookanak)
7. Memilih waktu yang sesuai untuk datang bertandang.
Pilihlah waktu yang bersesuaian. Janganlah menziarahi di awal pagi kerana waktu itu banyak urusan yang perlu dilaksanakan oleh tuan rumah. Jangan pula menziarahi di waktu malam. Namun jika ada keperluan untuk datang pada waktu malam seperti ingin meminta bantuan atau ada kecemasan maka dibenarkan. Ini adalah berdasarkan hadis :
مَنْ نَفَّسَ عَنْ مُؤْمِنٍ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ الدُّنْيَا نَفَّسَ اللَّهُ عَنْهُ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ
Maksudnya :” Sesiapa yang melepaskan saudara mukmin daripada kesusahan di dunia maka Allah akan melepaskan kesusahannya pada hari kiamat." Riwayat Muslim (4867) & Al-Tirmizi (1345)
Kesimpulannya, melayan dan menyambut tetamu yang datang rumah adalah merupakan akhlak yang mulia dan satu amalan yang sangat dianjurkan oleh Islam. Tuan rumah juga mempunyai hak untuk menghadkan waktu ziarah ke rumahnya. Ini adalah kerana tuan rumah mempunyai hak privasi dan juga hak untuk berehat bersama keluarga tanpa diganggu oleh sesiapapun. Bagi yang datang bertandang, hormatilah hak tuan rumah dengan datang pada waktu yang sesuai melainkan jika ada kecemasan atau ingin meminta bantuan maka pada keadaan seperti itu dibenarkan dengan sekadarnya. Patuhilah adab-adab yang telah disebutkan.
10 Comments
Lagi satu, maklumkan dekat tuan rumah trlebih dahulu kalau nak bertandang. Kita yang ada anak kecik ni sangatlah berharap orang boleh buat macam ni dulu kalau nak datang rumah..
ReplyDeletealhamdulillah setakat ni saya dapat tetamu yang molek sungguh adabnya,cuma ada sekali yang no.6 tu sampai tuan rumah dah gelisah hehe
ReplyDeleteSemoga kita tergolong di dalam tetamu yang beradad dan tuan rumah yang indah budi bahasanya
ReplyDeleteMoga dilindungi dari tetamu2 yg berkelakuan aneh.
ReplyDeletePaling setuju no 3
ReplyDeletenombor 3 tu paling penting.....
ReplyDeletejaga adab anak2 kita yg kecil bila berziarah ke rumah org. Jgn bagi mereka melompat2 atas sofa cthnya...
ReplyDeleteKan...
ReplyDeletePatut kita sama-sama amalkan dan ajari anak-anak agar ilmu dan adab yang baik ini menjadi amalan..
Indahnya Islam
Semoga kita menjadi tetamu yang tidak menyusahkan tuan rumah. Ibu pernah tiba2 dikunjungi tetamu kelam kabut jadinya waktu tu. Dan yang rasa terkilan sebab bila dihidang air mereka menegur “Hidang air je makan2 tak ada” Aduh! Rasa terpukul waktu tu. Malu nya usah dikenang lah. Terkilan rasanya tp pujuk hati sebab bkn org lain saudara terdekat juga. ;)
ReplyDeleteno 3 tu, skrg dah sng. boleh je mesej atau call. tp ada jg laa yg jenis main terjah je. tau2 dah OTW. tau2 dah terpacak dpn rumah. kalau time perayaan tu, kita boleh faham lg... sbb waktu tu mmg waktu untuk kunjung mengunjung... pun begitu, ada adab jg. bkn dtg beraya pukul 12.00 tgh malam ;-)
ReplyDelete