Hari Al-Khulaif adalah hari dimana seluruh wanita Kota Mekah akan turun ke Masjidil Haram menggantikan jemaah haji pada hari Arafah.
Baru-baru ini ketika musim haji yang lalu telah berlegar beberapa keping gambar dan video yang menunjukkan Masjidil Haram dipenuhi dengan wanita bersama anak-anaknya tanpa wujud golongan lelaki, dan ini menimbulkan persoalan ramai.
Kenapa hanya ada wanita disekitar Masjidil Haram? Dimana orang lelaki semuanya?
Apabila dirujuk kembali, rupa-rupanya ini adalah hari Khulaif iaitu hari dimana semua orang lelaki menunaikan haji dan berkhidmat membantu jemaah haji.
Saat ini seluruh wanita Kota Mekah bertindak turun ke Masjidil Haram dan memenuhinya agar Masjidil Haram tidak dibiar kosong.
Sudah menjadi adat bangsa Arab di Kota Mekah. Seluruh orang lelaki Kota Mekah akan keluar meninggalkan Masjidil Haram demi berkhidmat untuk jemaah haji diluar pada hari Arafah. Maka yang tinggal di Masjidil Haram saat itu adalah wanita. Mereka akan memenuhi Masjidil Haram.
Masyaallah...
Saat itu juga para penziarah Masjidil Haram tidak ada. Yang ada hanyalah wanita Kota Mekah sahaja yang beribadah dan tawaf serta umrah sepanjang hari arafah.
Ingatlah sabda baginda rasulullah s a w..
لا تَكْرَهُوا الْبَنَاتِ فَإِنَّهُنَّ الْمُؤْنِسَاتُ الْغَالِيَاتُ
Janganlah kalian membenci anak-anak perempuan kalian kerana sesungguhnya mereka itu penyejuk mata yang amat-amat bernilai.
Sesibuk mana pun dunia ini, tetap Masjidil Haram tidak akan kosong dari manusia. Berputar tawaf, sentiasa berputar.
Allaahu akbar!!
Foto kredit: Ammaralamir.com
Dikongsi dari FB Mutawif Haramain Dot Com
6 Comments
Pengetahuan baru ni. Tak pernah tahu.
ReplyDeleteMasyaa Allah...
ReplyDeleteTabarakallah...
First time sy tahu pasal ni... thanks for the info Ammi
ReplyDeleteSubahanAllah!!!!! MasyAlllah! ;,)
ReplyDeleteada perasan jg dulu tp tak tahulah pula yg ni budaya org sana
ReplyDeletegood sharing..aku pun baru tau
ReplyDeleteAllahuakbar...