Ini kisah 2 minggu sudah.  

Minggu yang Ozil bersunat, masuk ward tu (11.12.2022 - 16.12.2022) boss ammi suruh ammi work from home je.  Khamis 15.12.2022 tu ammi call boss tanya agak-agak hari Jumaat tu ada apa-apa urgent tak, sebab kalau tak ada ammi nak balik Seremban.  Plan asal memang ammi nak balik Seremban sebab ammi nak mula mengecat rumah.  Nak beli cat dan peralatan lain.  Boss bagi green light, pagi Jumaat tu ammi terus je balik.


Budak baru lepas sunat ni masih berspenda tempurung dan takut nak duduk rapat kaki.

Jumaat tu mencarilah kedai cat di Seremban beli keperluan yang patut dan lepas solat Jumaat kami mula proses mengecat.  Sebelum tu masa dorang gi solat Jumaat ammi dengan Kyra sapu-sapu sawang yang ada, alih-alih mana perabot kecil yang boleh dialih.  Dorang balik je terus mula operasi.  Alhamdulillah petang tu sebelum Maghrib selesai satu layer diruang tamu.  Kemas, menyapu, mop semua merasa gaklah Asar gajah.  Ingat Subuh je ada gajah??...asar pun terjadi gajah juga.  Mujur sempat...kalau tak ketuklah kepala sendiri.  Itulah masalahnya ammi...selagi tak siap selagi tu ammi cuba selesaikan sebab sakit betul mata bila tengok rumah tak ada rupa rumah.

Esoknya, adik ammi plan nak berpicnic dengan family along di Port Dickson.  Ammi lupa pulak nama pantainya, Pantai Cermin ke Pantai Cahaya ntah.  Dorang dah plan cuma ammi je yang tak masukkan diri dalam plan sebab takut tak terjoin.  Tapi dah alang-alang ada oklah...join jugaklah.  Ammi pilih makanan paling senang utk dipotluck iaitu ayam goreng dan air.  Kita kasi air spesel sikitlah...ice cream soda + sirap + limau + serai.

Along sampai awal sikit sebab nak cop port baik punya yang dekat dengan toilet.  Dia sewa juga khemah & 2 buah kerusi malas pada harga RM50.00


Suruh Kyra ambil gambar makanan...ehhhh dia ambil gambar bekas makanan je.  Awat tak buka penutupnya nak oiiiii??

Macaroni pedas (along)
Spiral tak pedas (along)
Laksa Kelate (ummi)
Ayam goreng (ammi)

Itu jelah lauk main untuk makan-makan.  Syukurlah dengan rezeki yang ada.


Garang betul muka makcik kantin jaga makanan ni.


With my one and only girl - cucu ke-4 arwah muma & aca



Kusyuk betul Arjuna dengan rekaannya - cucu ke-7 dan terakhir arwah muma & aca setakat ni.


Tunggu abi awak nikah baru...ada rezeki adalah adik untuk awak.


Orang baru lepas sunat ni pun terjun laut juga.  Abah kata dulu-dulu kat kampung memang air laut ni je ubat lepas sunat. 


Cucu ke 5 arwah muma & aca.


Gigil tak boleh nak dibawa berbincang.  Cucu ke 6 arwah muma & aca.


Makcik kantin tengah bizi siapkan juadah 


Ewahhhh pasangan berdarah manis...bukan main lagi ye.
Abi & Ummi.

Anak-anak ammi pun panggil Ummi je sebab confuse nak panggil Mak Su Tikah...sebab nama ex-wife adik ammi dulu pun Ika juga.  Sebutlah camna pun kadang-kadang tetap ammi ingat dorang sebut Ika, padahal dorang sebut Tikah.  Ehhhh senang semua orang panggil ummi je.  Haaaaa takyah nak confuse dah.

Tu yang adik ammi cakap...agaknya tertulis kat Luh Mahfudz... ika yang ini.  Terjumpa "ika" yang lain tu yang sekerat jalan je tu kot.  hahhaha boleh ye gitu?


Laksa kelantan.  Sedap.  Ammi tak makan laksa penang...masa memula nak cuba laksa kelantan ni risau gak...tapi dah cuba Alhamdulillah.  Kena dengan tekak.

Malu kakak ipar awak ni tau...dia reti masak yang bodoh-bodoh. Tengok hari kejadian pun dia bawak yang paling simple sekali.  Awak siap bawak laksa hokeyyyyy.


Nak suruh orang makan pun muka tetap garang makcik kantin ni.


Cucu sulung arwah mama.  Yang selalu ada disisi muma masa muma sakit, masa muma demam.  Yang selalu kena marah dengan muma, yang selalu kena cubit dengan muma masa kecik.


Cucu ke-3 arwah muma & aca.

Mana gambar abang ipar ammi ntah?  Sampai hati anak dara babah ni tak snap gambar babah dia.

Alhamdulillah, piknik kali berjalan lancar.  Semua ada kecuali cucu kesayangan muma yang ke-2 ni.  Dia tengah practical...jadi awak duduk jelah kat kitchen tu ye PakTam.


Dan-dan tu dia jeles orang letak gambar dalam group dan dia pun share gambar dia juga.  "Abang takyah mandi laut pun dah sunburnt teruk", katanya.  Ahaksss... Hitam itu premium abang.

Insyaallah jika Allah izinkan nanti kita piknik or camping lagi selepas Abi & Ummi disatukan.  Baru best sikit nak bermalam bagai.