Tahukah buah apa yang paling mahal di dunia?

Harganya boleh menyamai harga sebiji kereta.

Ammi tau pun selepas ammi jawab satu soalan survey, main agak-agak je jawab berdasarkan nama buah tu sekali betul pulak jawapan dan bila baca infonya terus jadi macam woww.

Buah yang terpaling mahal ni di panggil Yubari Melon (atau di Jepun ada yang panggil Yubari King).  Ala-ala musang kinglah juga ke'jaguh'annya kot.  Ia salah satu dari keluarga "cantaloupe cultivar" yang ditanam di rumah hijau di Yubari, Hokkaido, sebuah bandar kecil berhampiran Sapporo.  Namanya diberi berdasarkan nama tempat di mana ia pertama ditanam.

Yubari Melon ni adalah kacukan dua cantaloupe cultivar iaitu Cantaloupe Earl's Favorite dan Cantaloupe "Spicy" Burpee dan ia dianggap sebagai antara tembikai yang paling manis dan lazat di dunia.


(Credit to Google)

Menurut artikel yang ammi baca sesetengah orang Jepun menghadiahkan Yubari Melon sebagai hadiah semasa Chūgen

Apa itu Chūgen?

Chūgen (中元), juga Ochūgen (お中元), ialah acara tahunan di Jepun pada hari ke 15 bulan Julai.  Biasanya orang beri hadiah kepada atasan dan kenalan mereka.  Pada asalnya ia adalah acara tahunan untuk memberi hadiah kepada roh nenek moyang.

Yubari Melon boleh dinikmati dalam pelbagai cara termasuk dimakan mentah, dibuat jus atau smoothie, digunakan dalam salad, atau dipanggang.  Apabila memilih Melon Yubari, cari yang berat untuk saiznya dan mempunyai bentuk yang seragam.  Kulit hendaklah licin tanpa lebam atau cela.

Kelebihan Yubari Melon

Kalau dah harganya boleh menyamai harga sebiji kereta takkan hanya mendatangkan kemudaratankan.  Mestilah ada kelebihannya sehingga orang sanggup beli.  Antara kebaikan yubari melon ni adalah:-

1.  Membantu penghadaman

Kandungan air yang tinggi dalam Yubari Melon dapat membantu melembutkan najis dan mengelakkan sembelit.  Selain itu, kandungan serat boleh membantu memastikan sistem pencernaan berfungsi dengan betul.

2.  Mencegah Dehidrasi

Kandungan air dan elektrolit yang tinggi dalam Yubari Melon menjadikannya sesuai untuk mencegah atau merawat dehidrasi.  

3.  Meningkatkan Imuniti

Vitamin dan mineral dalam Yubari Melon boleh membantu meningkatkan sistem imun, menjadikannya lebih mampu untuk melawan jangkitan.

4.  Mengurangkan Keradangan

Antioksidan dalam Yubari Melon boleh membantu mengurangkan keradangan di seluruh badan, yang boleh mengurangkan bengkak dan kekejangan yang berkaitan dengan keadaan seperti arthritis.

5.  Menurunkan Tekanan Darah

Kandungan kalium dan magnesium dalam Yubari Melon boleh membantu menurunkan tekanan darah dengan mengendurkan saluran darah. Ini boleh mengurangkan risiko strok dan penyakit jantung.


Mampu nak makan?