Ozil ni sebenarnya dijadualkan untuk disunatkan pada 9.12.2022 (hari Jumaat hari terakhir sekolah tu). Jadual asal hari Ahad (11.12.2022) tapi lepas tu clinic call kata ada slot hari Jumaat dan kami pun setuju jelah. Lagi cepat lagilah bagus sebab senang nak plan aktiviti lain.
Masa abah pergi register nama dan bayar deposit, doctor in-charge tu kata (bukan doctor yang akan sunatkan anak ni) dorang buat sunat guna teknik clamp dan caj yang dikenakan sebanyak RM250.00. Abah pun oklah..nak cepat baik apa pun boleh untuk anak. Sebenarnya ada satu lagi clinic yang guna teknik clamp harganya cuma RM160 je tapi jadual dia sangat pack. Lepas 20 haribulan baru ada slot. Lambat sangatlah pulakkan.
Beriya ammi pakaikan Ozil pun baju sama macam masa abang sunat dulu. Gigih tak ammi simpan baju ni? Mujur tak suruh abah pakai baju melayu yang sama jugak. Ahaksss..
Hari Jumaat tu lepas Isyak tetiba hujan bukan main lebat lagi..tapi sebab appointment pukul 9 takpe...kita redah juga hujan. Lagi pun clinic dekat sangat dengan rumah.
Dari dalam lift dah start nampak muka dia agak ketakutan. Mulut dia tak henti berzikir sambil pejam-pejam mata. Sebab abah kata kalau rasa takut zikir je.
Bukan main berkepit lagi celah tiak abah.
Nama dipanggil dan kami pun masuk ke bilik. Dia timbang berat si anak dan disuruh baring atas katil.
Doctor Sunat: Khalif Syafiq, harini doctor sunat awak ye. Doctor akan sunat cara laser.
Abah: Apa dia? Laser? Ehhhh bukan haritu kata guna teknik clamp ke? (abah tanya sambil pandang doctor in-charge).
(Doctor tu buat muka blur dia okkkk)..
Doctor Sunat: Tak Encik, saya memang buat guna teknik laser saja.
Abah dah angin dah masa ni....
Abah: Laser dan harga 250?
Doctor in-charge: Ye Encik...(wahhhh tak bersalah langsung jawapannya)
Abah: Kenapa haritu cakap clamp, harini cakap lain? (tinggi dah suara abah time ni)...
Doctor in-charge: Memang itu harga untuk sunat Encik.
Abah: Itu harga kalau clamp. Bukan harga untuk laser. Dah...saya nak cancel. Pulangkan balik duit deposit saya. Saya tak suka orang tipu saya.
Haaaaa...gitu.
Terus tak jadi sunat.
Ozil: Alip baru nak test alip kuat ke tidak.
Ammi: Nanti ammi cari clinic lain ye...test masa tu.
Malam tu juga ammi cari tempat lain untuk bersunat. Dan jumpalah clinic di Bukit Jalil yang masih available untuk bersunat hari Ahad. Kita onz jelah walaupun teknik laser dengan harapan dia cepat sembuh tapi Allah lebih berkehendak.
Selesai bersunat di klinik di Bukit Jalil. Depan Pavi Bukit Jalil ko tempatnya...mujur anak bersunat...kalau tak panjang je langkah maknya ni.
Lepas sunat tu elok je dia relax jalan sendiri tapi esok panginya dia bleeding teruk pulak. Kita redha jelah ye sampai ke warded di HUKM pulak untuk 2 hari.
Tapi mengikut doctor kat bahagian emergency HUKM tu...Ozil orang ke 3 datang dengan post circumcision bleeding ni. Sebab apa ye jadi macam ni sekarang ni? Faktor pemakanan anak-anak kitakah? Faktor doctor kurang terlatihkah?
Harini masuk hari ke 10 bersunat dan masih belum sembuh sepenuhnya luka laser, jahit dan gam Ozil. Semoga lepas ni boleh pakai seluar macam biasa dan boleh mula main bola semula.
Moral: Check betul-betul dengan clinic dorang guna teknik apa supaya duit yang dilaburkan dan teknik yang digunakan tu berbaloi.
6 Comments
Kenapa muka abah pulak yg nampak nerves?
ReplyDeletegarang jugak ye abah, tapi yelah aritu cakap lain ini lain kan apa tak marah kan. apa pun moga cepat sembuh luka sunat Ozil tu ya
ReplyDeletekesian Ozil..anak saudara saya doktor tersalah laser sampai kena buat 2x sunat,kesian budak trauma jadinya
ReplyDeleteAlhamdulillah dah settle. Kita yg baca pun terasa lega. Sy tak ikut masa anak sunat. Nervous. Doa dari rumah je.
ReplyDeletekita baca pun seramm... saya takde anak lelaki, anak2 perempuan saya sunat waktu baby. Skrg ni ada jugak parents yg mintak doktor sunatkan baby lelaki tak pasti la ok ke tak kalau sunat dari baby.
ReplyDeleteadoi la... ada plak drama pra sunat yer. mcm2 kan..nasib abah nya tanya sebelum sunat tu... x leh lupa kes yg bleeding tu, seram sejuk sungguh.
ReplyDelete