Indahkan bila sambil berblog sambil kita boleh generate income. Income bukan dalam RM tapi dia bagi dalam USD. Kalau didarab dengan 4 tak ke masyuk? Boleh tambah-tambah buat bayar duit loan kereta, beli baju baru tapi zakat jangan lupa dibayar ye uolls.
Alhamdulillah, setakat ni ammi dah berjaya generate income hasil dari berblog melalui Intellifluence. Ada yang pernah dengar tentang Intellifluence? Intellifluence ni bukan hanya untuk bloggers sahaja, kalau korang aktif di Instagram, Youtube, Pinterest atau mana-mana social media pun korang boleh jana pendapatan dengan Intellifluence ni.
Setakat ni, inilah pendapatan ammi dari Intellifluence ni. Kena rajin jenguk web Intellifluence ni dan cuba pitch job. Ada rezeki adalah. Kalau tak cuba, tak cari sapa nak bagi free-free kan.
Cara mendaftar dengan Intellifluence
1. Masuk ke website Intellifluence.
2. Pilih butang "Sign up as Influencer" dan mulakan process mendaftar. Percuma je.
3. Isi segala maklumat dan yang pentingkan completekan bahagian Profile tu.
Di bahagian profile tu pastikan korang fulfill segala yang diminta supaya strenght profile korang kuat. Bila profile cun barulah senang orang nak approve job bila kita apply.
Bila dah daftar, job yang sesuai dengan profile kita boleh di'view' di bahagian Marketplace.
Kalau rasa ada job yang sesuai dengan minat, pengetahuan korang yang memudahkan korang untuk menulis, then go on untuk apply job tu. Bila permohonan korang diluluskan barulah korang mula untuk menulis dan post kerja korang. Jangan risau, blog post korang boleh je buat dalam bahasa apa sekalipun. Baca syarat-syarat yang diletak masa dia approvekan job korang, follow je insyaallah dorang akan terima kerja yang korang postkan dan dorang akan bayar.
Pembayaran akan dibayar ke akaun PayPal korang. Siap-siaplah juga daftar dengan paypal untuk memudahkan urusan kemudian hari.
6 Comments
wah....leh try ni
ReplyDeletelama dh daftar lps tu tak buka sbb terlupa. haha. kena rajin ammi baru boleh bt income
ReplyDeleteWah menarik ni ammi...all the best ye...ramai dah SA nampak daftar kat sini...SA blom lagi...masih study lagi menda ni....
ReplyDeleteMoga rezeki terus mencurah masuk.
ReplyDeleteIni ni nak set add sense pun tak lepas2 lg yunk. Dah setting tp dia cakap kena betulkan apa ntah code apa x tau lah.. X faham ibu.. Sobbb!
ReplyDeleteWah,boleh buat duit yer..hihihi
ReplyDeleteSaya belum cuba & nanti nak minta Adah try daftar..saya slow babw IT ni..hihihi