12.12.2022
Disana-sini orang buat sale kaw-kaw tapi dari awal pagi abah dan ammi dah kaw-kaw gelabah bila anak bongsu yang kami sunatkan pada 11.12.2022 mula mengalami pendarahan. Pagi tu abah sempat call adik abah yang doctor tu dan katanya tekap kuat kat tempat yang bleeding tu supaya darah berhenti. Nampaklah berhenti darah tu dari terus menitik-nitik macam paip air yang tak ditutup ketat.
Gambar hari bersunat. Ni dah settle sunat nak balik. Dia relax je turun katil jalan sendiri pakai selipar sendiri.
Ok berbalik pada kejadian tak diingini ni, settle bersihkan darah-darah dia semua ammi bagi dia sarapan, dia pun happy-happy baring sambil tengok tv. Kejap tu eh nak buang air besar pulak dia. Mula semula episod darah penuh kat toilet bowl. Tekap kuat-kuat dan stop.
Ammi alaskan tempat baring dia dengan plastik dan tuala…pastu dalam pukul 10.00 pagi ammi pun masaklah untuk yang lain. Memang awal ammi masuk dapur siapkan lunch…ntah hati tu macam tak sedap je.
Siap masak ammi mandi semua (ozil pun takde complain sakit ke apa)….ammi buka kain dia tengok. Ya Allah bertakung darah pekat likat kat tuala tu. Terus rasa pitam gigil-gigil.
Ammi call clinic yang ammi sunatkan Ozil dan doctor nasihatkan bawa ke hospital sebab bleeding sebanyak itu agak tak normal. Bergegas abah ammi bawa Ozil ke Kecemasan HUKM. Itu jelah yang terfikir kat otak. Dengan jalan jamnya, dengan kereta didepan jalan macam bersiar-siar nak mencari rumah sewa. Tak terfikir pun untuk nak call ambulans.
Sampai emergency terus je doctors, nurses attend dia sebab bleeding agak banyak. Tak sempat daftar pun. Kaunter daftar suruh ammi ikut anak masuk dalam. Ada yang ingat dia accident sebab lencun habis kain pelekat, kaki, katil hospital tu dengan darah. Luluh hati ammi bila dia nangis sakit waktu doktor buang darah-darah beku yang melekat kat keliling kawasan luka tu. Dia siap cakap “doctor janganlah jahat dengan saya, saya budak baik”. Aduhai anak. Doctor suspect ada bahagian yang dijahit terbuka. Mungkin perlu masuk OT semula dan jahit.
Hampir 2 jam dalam emergency department, dia dibawa ke bilik bedah kecil dalam ED dan Alhamdulillah darah dah berhenti. Tak perlu masuk dewan bedah, cuma perlu bersihkan darah beku. Walaupun dah dibersihkan tadi tapi cepat betul darah dia membeku.
Doktor minta dia dimasukkan dalam ward sehari untuk observation sebab takut kalau2 dia bleeding lagi. Dah tau gini abah dan ammi gilir-gilir pergi solat sebab nak tunggu result covid swab ambil masa lebih kurang 45minit. Bapakkan jauh weiiii surau dia. Siap sesat pulak tu ammi ni. Settle semua ammi suruh abah balik dulu bawak barang-barang yang ammi dah listkan.
Hampir pukul 4 petang jugalah baru dapat bilik. Alhamdulillah sangat selesa wad pediatrik HUKM ni walaupun deposit nak masuk ward dia boleh tercekik. RM1,000 ko.
11 Comments
Allahuakbar Ammi!
ReplyDeleteIbu pula yang rasa ngilu..
Semoga baik2 saja keadaan anaknya..
Cepat sembuh..
Seriau tengok darah banyak mcm tu..
Moga lekas sembuh. Risau pula saya, nak sunatkan anak juga ni 🥲
ReplyDeleteAllahu....seram & berdebar sambil baca.. adoi la kan...
ReplyDeletealhamdulillah dah ok dah. mahal giler depo sepital hukm tu yer...baru tau.
now mcm mana? harap2 ok dah la semua nya
sama..aku pun x suka update blog guna hp...
wah kalau bleeding berlebihan bahaya tu. Apa pun semuga cepat sembuh. Hospital swasta memang le mahal bila admit. Tapi fasiliti semua changgih. Siap duit je le
ReplyDeletekalau kita mau tak seriua kak oi, bahagian penting tu. Apa tak best blog ammi ni, entri ni boleh jadi panduan pada yang lain ni kot terjadi kes camni kan. MOga cepat sihat dan sembuh luka sunat tu ya.
ReplyDeleteYa allah....SA pening plak tengok gambar darah banyak2 tu ha....aduhai anak...cepat sembuh ye Ozil...
ReplyDeleteKesiannya adik...moga cepat sembuh yaa
ReplyDeleteYa Allah, takutnya Ammi!
ReplyDeletePH kalau darah sendiri boleh tahan, tapi kalau kena pada anak2, rasa nak pitam :(
Anyway, moga Ozil cepat sihat ye sayang
Kesian pulak kat dia.... terpaksa lalu tu semua. Be strong hero!
ReplyDeleteDah ok, belum, dah dua hari ni, harapannya baik2 sahaja dan lekas sembuh anak bujang Ammi ya.
ReplyDeleteammi...macam mana keadaan Ozil?dah ok ke?Allah berdebar rasa
ReplyDeletemoga baik2 semuanya ye..sian Ozil kuat ye anak..