Makan di Benteng Walk Seremban

Hari Jumaat lepas, pagi lepas hantar ammi ke pejabat Abah & anak-anak gerak balik Seremban. Dorang ada misi mengecat rumah yang masih belum selesai.


Sebelum


Selepas....tapi masih belum selesai.

Haritu ammi tanya pada contractor yang buat toilet ammi berapa dia charge kalau nak cat hall sahaja...RM1,300.00 katanya sebab nak scrap dinding, nak buat undercoat, pastu 2-3 layers cat lagi.  Ammi terus macam...hmmmm takpe.  Kita cat sendiri jelah sementara tengah cuti sekolah ni.

Ammi agak menyampah tengok tiles hijau di tengah-tengah hall tu.  Tapi nak buat camna...beli rumah sub-sale harga murah-murah gitulah.  Nanti nak cari carpet besar jelah tutup bahagian yang menyakitkan mata tu.  Nak tukar tiles kat hall macam kempis pulak poket abah dan ammi.

Ammi sampai Seremban lebih kurang 7.25 malam.  Ammi pesan kat abah suruh solat siap-siap kat rumah dengan anak-anak.  Ammi solat kat bus stand tu je pastu nanti boleh dinner terus.  Kalau balik dulu nanti liat pulak kaki ammi nak keluar semula dengan hari cuaca yang hujan renyai-renyai ni.

Dah sampai Seremban anak-anak pilih nak makan kat Benteng sebab itu jelah pun tempat yang dorang tau.  Maklumlah belum jadi orang Seremban sepenuhnya.


Gambar ihsan Google

Masa ammi kekecil dulu benteng ni lokasi dia ditempat lain.  Betul-betul berdepan dengan jirat cina diseberang jalan besar dan arwah pakcik ammi pun salah sorang peniaga kat situ.  Lepas arwah Wak meninggal, anak-anaknya ambil alih dan kemudian bila masing-masing dah kahwin, dorang berniaga di kawasan rumah je.


Gambar ihsan dari blog kak Suria Amanda.

Ammi tak ambil gambar suasana  benteng haritu sebab sampai pun dah gelap.  Plus agak hujan renyai-renyai.

Ammi google je sekali tengok eh gambar kak waghih ..ammi pun pinjam jelah walaupun tak mintak izin dulu.  Ammi pinjam gambar ye kak SA dan ammi suspek pakcik & makcik yang berjalan di sebelah kiri (kat arrow tu) adalah Pak Zain & Mak Pah.  Betul tak kak SA?

Ini kali pertama kami makan di Benteng lepas ketiadaan mama.  Dulu arwah mama rajin ikut ke benteng...bukan nak makan sangat pun tapi seronok kumpul-kumpul tengok cucu makan pastu mama pun cicip makanan anak menantu cucu.  Rindunya.


Kyra & Ozil nak makan Yong Tau Foo soup.  Silalah pilih sendiri.  Ammi kurang dengan sos cicah dia... sup dia ok je.


Ammi makan mee bandung.  Terlupa pulak.  Selalunya ammi jarang order mee bandung di tempat lain tanpa tanya cara penyediaan.  Pakai sos ke ada kacang ke...ni main order je dan ko dapatlah mee bandung berkuahkan sos cili & sos tomato.  Arhgggghhhh...tapi dah order.  Makan jelah ammi.

Makanan orang lain ammi tak ambil gambar sebab lambat nau sampai.  Ammi lepas settle makan, dok layan pulak pakcik busker ni busking..sedap pulak suara pakcik tu.

Sampai je rumah around jam 9.30 malam..hujan selebat-lebatnya.  Nak mandi pun takut.

Post a Comment

6 Comments

  1. Luas betul ruang tamu umah Ammi tu, mesti tak sabar nak siapkan semua kan. Spoil betul kan kuah mee bandung cair gitu, yang best kalau kat johor jugakla mee bandung ni

    ReplyDelete
  2. luas nampak ruang tamu nya tu ammi selesa kalau berlonggok ramai2
    agaknya knp la pemilik lama buat tiles lain kt tgh2 tu ye

    ReplyDelete
  3. Oh, kalau ada rasa sos tu bukanlah mee bandung asli kan. Nanti kalau ke Seremban, bolehlah kita terai cari makan kat Benteng ni.

    ReplyDelete
  4. Uncle Dania pun banyak kali nak makan kat benteng ni tapi x denkesempatan..SA suka makan sup kambing mamak kat situ..xpe la..amik je gambar..xde hal..betul la tu Pak Zain ngan Mak Pah...hehehe ..bila la nak repeat lagi ni

    ReplyDelete