Zaman sekarang ni kalau korang hanya tahu berbelanja sahaja tanpa tau cara nak menyimpan confirm, tak sempat nak masuk tarikh belas-belas di setiap bulan korang dah mengagau tak cukup duit.  

Dulu ammi pun tak reti nak menyimpan sebab yang pertama gaji kecil.  Jadi bila menyimpan ibarat banyak benda lain yang ammi tak dapat nak buat.  Macam kos melepaslah gitu.  Yang kedua sebab nafsu nak habiskan duit tu sangatlah besar walaupun bergaji kecil.  Tiap bulan ada buat potongan gaji sebanyak RM100.00 untuk menabung di Tabung Haji tapi disebabkan cawangan tabung haji tu sepelaung je dari office kadang-kadang laju je kaki melangkah ke kaunter gi keluarkan semula duit tu.  Ishhhh bila fikir balik, apa lah bongoknya kau ni ammi oiiii.  

Sekarang ni ammi buat target sendiri.  Apa-apa duit fizikal yang dah masuk dalam tabung "diharamkan" untuk dikeluarkan semula dari tabung selagi duit tu belum dimasukkan ke dalam bank.   Tapi kalau nak dikeluarkan untuk tujuan penukaran duit, duit yang masuk semula mesti sama dengan jumlah yang keluar.  Faham?  Contohnya nak tukar duit seringgit-seringgit untuk duit sekolah anak, ammi akan keluarkan je RM10 dan ganti dengan sekeping nota RM10.00.  Tak ada dah istilah...ambillah dulu.  Ganti nanti-nanti.  Sebab nanti tu ntah bila nak berganti.  Kitakan Melayu yang mudah lupa.  Ahaksss.  

Kadang-kadang bercakap juga dekat diri sendiri... "anak ko 3 orang bersekolah...takkan anak nak masuk U esok bagi terhegeh-hegeh nak cari punca duit".. tu yang gigih juga menyimpan demi pendidikan anak-anak.  Walaupun untuk pendidikan anak-anak ammi ada juga buat fixed deduction dari bank setiap bulan tapi ammi rasa potongan RM50.00 setiap sorang tu macam tak cukup je.  Setahun baru dapat berapa je sorangkan.  Nak upgrade buat potongan lebih sikit risau pulak tiba-tiba ada aral duit dalam bank tak cukup.  Yelah...."our future is uncertain".  Bila kira sendiri guna calculator ni terus jadi macam...alahaiiiii memang confirm tak cukup.

Ammi buat target nak menyimpan sendiri sebanyak RM10,000.00 dan buat masa ni ammi mampu menyimpan lebih kurang RM150 je sebulan guna tupperware dan botol je kat dalam bilik.  Kalau ikut kira-kira ni bulan September 2027 dapatlah ammi jumlah sebanyak yang diimpikan.  Mudah-mudahan tercapai.


Mula-mula dulu plan menabung duit RM20 sehari.  Tapi macam ehhhhh banyak sangatlah pulak.  Pastu tukar target masukkan RM5 je.  Dan cakap dalam hati...ada 20 kita letak 20.  Ada 10 masukkan jelah.  Ada 5 lagi "wajib" masuk.

Every alternate month ammi cuba untuk bank-in duit yang dah terkumpul tu ke dalam akaun Maybank sebab bahaya juga simpan banyak cash kat rumah.  Banyaklah sangatkan...ahaksss. Duit-duit ni kemudiannya ammi transfer je dari Maybank ke dalam akaun ASB yang ada kat portal Maybank tu. Sebab tak kuasa nak beratur di kaunter.  Akaun ASB ni ammi rasa selamat sebab kalau nak keluarkan duit terpaksa ke bank, ambik nombor, tunggu berminit-minit.  Ammi tau ammi memang dah tak kuasa nak hadap benda-benda camni...jadi ammi yakin selagi tak ada keperluan mendesak insyaallah duit tu selamat kat dalam sana.

Macam mana cara korang menabung?