Haritu ammi nyibuk jelah komen kat ruangan yang cikgu sekolah ammi komen sama.  Kes budak sekolah yang tudungnya digunting cikgu tu.

Cikgu ni sebenarnya tak pernah ajar ammi dalam kelas pun.  Tapi dia guru HEM.  Masa ammi Form 2 selalu juga kena beratur depan bilik cikgu tu tunggu disoal siasat bila pengawas bagi nama.  Puncanya ammi kena berdiri depan bilik cikgu ni bukanlah sebab ammi ni nakal ke apa...tapi sebab ammi tak pakai baju kurung je hari Jumaat.


Ammi ni agak degil...bukan degil camna tapi kalau ammi nak buat biar ammi buat sendiri.  Jangan paksa ammi.  Ingat lagi cikgu tanya

Cikgu:  Haihhhh kamu lagi.  Kan dah suruh pakai baju kurung hari Jumaat.  Kenapa tak pakai?
Ammi:  Saya tak ada baju kurung.  
Cikgu:  Kenapa tak beli?
Ammi:  Saya taknak pakai.  Hari Jumaat memang kena pakai baju kurung ke? Dalam buku panduan pakaian tak cakap pun.
Cikgu:  Suka hati awaklah.  Baru tingkatan 2 dah pandai menjawab dengan saya, sambil dia cubit kat perut dengan buat mulut herot tanda geram.

Masuk form 3 baru ammi pakai baju kurung dengan sendirinya.  Masa tu cikgu pun siap peluk-peluk cakap..."ha kan comel kamu pakai baju kurung".  Cikgu ni juga yang beriya-iya letak nama ammi untuk jadi pengawas percubaan masa form 3 sebab katanya..."siapa je murid melayu dalam sekolah ni yang saya nak harapkan?"

Bangga juga masa tu sebab dihargai walaupun hampir setiap minggu masa tingkatan 2 perut dicubit sampai cikgu pun dah muak tengok muka ni.

Sekarang kami dah macam kengkawan je kat Facebook... dia pun bahasakan diri dia TokWan kalau komen tentang anak ammi.


Nampak ayat last dia... comel katanya.  Cikgu tak perlulah ambil hati saya sampai camni.  Saya hitam melongot, kurus kering kot cikgu masa zaman sekolah dulu.

Semoga Allah hadiahkan kesihatan yang baik buat Cikgu Hasmah binti Othman dan semoga semua doa-doanya dimakbulkan.

Korang sila jangan muntah dengan puji-pujian itu ye.