Hari Khamis di saat nama Perdana Menteri ke-10 diumumkan dan hampir semua rakyat Malaysia berkira-kira sama ada hari Jumaat cuti atau pun tidak...ammi memang cukup yakin yang ammi akan bercuti sebab memang ammi dah apply cuti awal dua minggu sebab keputusan kitorang buat seminggu sebelum pilihanraya...jadi macam charlie chaplinlah segala benda kita buat.


Sebab hari Sabtu bersamaan 26.11.2022 kami dah plan untuk merisik dan sekaligus tunangkan adik lelaki kami dengan pasangan pilihannya.  Keluarga belah perempuan nak mudahkan majlis sebab dia pun tau dia jauh....jadi dia mudahkanlah.  "Kito mudah ke...janji kito capai matlamat" kata ayah pengantin perempuan.  ehhhh belum kahwin panggil pengantin gak ke?  ke bakal pengantin perempuan.

Hari Jumaat tu lebih kurang jam 10 pagi kami berlima... Along & suami, Ammi & suami serta adik lelaki bergerak ke Gua Musang.  Adik ammi tak naik satu kereta dengan kami....dia naik dengan kawannya.  Dalam jam 3 petang gitu kami pun sampailah ke destinasi yang hendak dituju.

Sampai je di homestay, tak sempat lapar perut kami diisi, diisi dan diisi oleh keluarga perempuan.  Senak perut menjelang malam.  Dari satay membawa ke pisang goreng, ke ubi rebus...ehhhh bila nak lapar ni?


Esoknya selepas subuh tau-tau ada bunyi hon diluar rumah.  Ehhhhh ada sarapan pulak.  Nasi dage ganu katanya.  Rezeki jangan ditolak.  Kita make je lah walaupun ammi tak pandai sangat makan nasi dagang ni.  Nasi kerabu ok lagi.

Sekitar jam 12 tengahari hari Sabtu tu, kami check out dari homestay nak gerak ke rumah perempuan.  Berterabur pulak gambar...lantaklah disitu.  Janji masuk. 


Along & Angah bersama bakal adik ipar.


Adik ammi kata, "gelapnya Boy dalam gambar ni"...
Ammi:  bukan dalam gambar je...memang kat luar pun gelita.

Maafkan kakakmu yang memang mulut tak ada insuran ni.  Aterrrr bapak kita India, bukan orang putih.  Kita terima je hakikat kita adik beradik berwarna "Nutella".


My big sista sarungkan cincin di jari bakal adik ipar.  Kita pergi kita adik beradik je sebab nak ajak makcik-makcik dorang pun dah berusia nak berjalan jauh.  Lagipun dah maklumkan kat keluarga perempuan memang keluarga kami kecil...


Us.  Dah macam orang pregnant dah perut ammi.  


Ammi ni awal-awal dah cakap ngan bakal adik ipar ni... "Awak kena bersabar dengan Angah.  Angah sejenis yang kalau tak suka angah sebut, kalau suka lagilah angah sebut.  Angah jarang simpan sesuatu dalam hati sebab tu angah suka berterus-terang je tau"... jangan sentap.  


Hantaran sempoi-sempoi je.

Insyaallah... cuti sekolah akhir penggal bulan Februari nanti tamatlah zaman bujang pengantin perempuan dan tamatlah zaman duda beranak satu adik lelaki ammi.  Semoga jodoh kali ini lebih baik dari yang sebelum ini dan semoga adik ammi pun lebih matang dalam mengharung bahtera rumah tangga.  Kapal kalau jalan stret takde goyang-goyang, terumbang ambing dipukul ombak bukanlah kapal namanya.

Hari Sabtu tu juga selepas majlis lebih kurang jam 2 lebih kami gerak balik ke KL.  Singgah solat gedebak gedebuk...sampai KL sebelum maghrib, jemput anak dari rumah kakak ipar di Kem Wardieburn dannnnnnnnn yang paling tak tahan tu...abah sempat join game bola dengan team veteran dia lepas maghrib.  Confuse jap...tak penat ke suamiku ini?