Ini adalah perkongsian dari ceramah Tuan Guru Syeikh Zainul Asri yang telah diringkaskan oleh Ustazah Ammi.
**********************************************
Wirid selepas solat itu menghadirkan ketenangan pada jiwa kita. Orang yang melakukan wirid selepas solat hingga dia mengangkat tangan berdoa kelebihannya dia mendapat keampunan di sisi Allah.
Orang yang tidak berwirid selepas solat umpama dia makan nasi tanpa lauk.
Orang yang mengerti nilai wirid akan sayang untuk nak tinggal wirid sebab Allah bagi pada dia kecelikan mata hati dia dapat melihat kelebihan wirid yang dia amalkan.
Orang yang baca Al-Fatihah dan Ayat Kursi selepas solat maka dia diamankan daripada bala selepas solat itu. Bermakna kita telah menyiapkan satu jaminan keselamatan kepada diri kita apabila baca Al-Fatihah dan Ayat Kursi selepas solat.
Selepas selesai solat dan memberi salam menurut kata Tuan Guru, yang pertama sekali perlu kita lakukan adalah beradab dengan Allah dengan cara kita kena ucap Alhamdulillah.
Kenapa Alhamdulillah? Kena puji Allah sebab Allahlah yang bantu kita hinggakita boleh solat.
Lepas puji Allah barulah istighfar minta ampun kepada Allah atas kelemahan kekurangan kita dalam mengerjakan ibadah.
Mohon Allah tutup mana yang kurang dengan rahmat dan kasih sayangNya.
Sibuk macam mana pun jangan bangkit dari tempat solat sebelum selesai:
1 - Puji Allah ucap Alhamdulillah.
2 - Beristighfar 10x.
3 - Ayat Kursi 1x.
4 - Tasbih Fatimah.
5 - Penghulu Istighfar.
6 - Selawat.
7 - Berdoa.
Ini paling kurang jika kita sibuk sangat dan tidak sempat nak berwirid panjang.
Apa itu Tasbih Fatimah?
Tasbih Fatimah adalah zikir khusus yang mencakup tiga puluh empat kali Allahu Akbar (34x) , tiga puluh tiga kali Alhamdulillah (33x) dan tiga puluh kali Subhanallah (33x).
Sebenarnya ada banyak lagi amalan lain selepas solat seperti Surah Al-Insyirah, Selawat Tafrijiyyah, Al-Ikhlas dan yang lain-lain.
Jika kita ada masa, adalah lebih baik tambah lagi dengan wirid tersebut tetapi jika masa terhad, tidak boleh buat semua, jangan tinggal semua. Jangan bangkit dari tempat solat tanpa apa-apa wirid.
Untuk mendapatkan saham akhirat bolehlah join dibawah ni.
Instagram: ceramahustazustazah
Telegram Channel Ceramah Ustaz dan Ustazah : https://t.me/ceramahustazdanustaza
Semoga Allah merahmati kalian di dunia dan akhirat. Amin ya Allah
4 Comments
Abe Kie selalunya akan berwirid dngn imam sampai la kami sama2 mengaminkan doa. jrg benar abe kie bangkit terus slps bagi salam krna bagi abe kie perbuatan mcm tu amat biadap kpd Allah.
ReplyDeletebila sebut pasal wirid ni teringat nyai kat kampung, kadang lepas solat sama-sama kita dah sudah wirid dan doa dia masih wirit lagi, kita keluar siap tolong masak semua tengok kat bilik solat dia dah terlentok tertidur kat sejadah, selalu sangat kadang bila dia dh bangun kita tanya. Nyai wirid banyak mana? emboh sambil gelak hhahahha
ReplyDeletegood sharing...
ReplyDeletemula kan dr sikit2 , in sya Allah lama2 jadi banyak and jadi kebiasaan .. kan
nk wirid kalau ada anak memang tak tenang.. dia nampak angkat tgn tu terus mintak dukung
ReplyDelete