Ni cerita tahun 2012 rupanya tapi best.

Ammi tengok kat IG dan ada yang kata cerita ni best, jadi ammi pun carilah kat Netflix.  Ala...cerita Telugu rupanya.  Tak faham tapi tak apa...subtitlekan ada.  Cerita ni genre Fantasy Thriller dan diselit dengan "dark" komedi sikit.  Ada lawak, ada sedih dia...satu family boleh tonton.  Part yang lawak tu memang berdekah Khilfi gelak.  

Back to Eega... maksud EEGA ini adalah LALAT.  Kenapa LALAT?  Sebab lalatlah hero dalam movie ni.  


Alkisahnya, hero bernama Nani telah mati dibunuh oleh Sudeep si kaki perempuan yang kaya-raya sebab perempuan (Bindu) yang Sudeep cuba tackle tu ada hati dengan Nani walaupun dia belum suarakan lagi pada Nani.  Nani ni memang suka habislah dengan Bindu dan disebabkan Sudeep ini tidak dapat menawan hati kekasih Nani, Sudeep pun bunuh Nani demi mendapatkan Bindu.  


Nilah Nani tu.  Ada lesung pipit, ada dagu terbelah, gigi cantik tersusun...kira handsomelah tu dimata ammi.  

Di saat kematian Nani, Nani dah awal-awal cakap kat Sudeep "aku akan bunuh kau kalau kau ganggu Bindu"...ha gitu.  Ditakdirkan Nani ni mati dan dia dapat peluang dilahirkan semula.  Bukan sebagai manusia tapi sebagai seekor lalat versi ala-ala Antman gitu😂!!


Bindu...cantiknya awak.

Masa proses Nani nak jadi lalat yang boleh terbang memang lawak sungguh dan kelakar.  Ozil yang terbaring depan tv sambil pakai sarung pun gelak sakan.

Ketika inilah, dia berazam untuk membalas dendam terhadap Sudeep dan melindungi Bindu yang masih tidak mengetahui punca kematiannya.  Nani terbang laju macam Superman mencari si Sudeep ini sebab Sudeep ada rancangan jahat terhadap Bindu.


Sudeep.  Memang nampak jahat nau muka ko bang.

Tak ada sesaat pun Nani biarkan Sudeep ini hidup tenang ye. Macam-macam yang Nani buat dekat Sudeep untuk mengelakkan Sudeep mendekati Bindu.  Sudeep ni sampai hilang projek juta-juta dia sebab seekor lalat yang memporak-perandakan hidup dia. 

Dan Bindu dapat tahu yang Nani dilahirkan semula sebagai lalat dan dia sedihlah.  Jadi Bindu sebagai seorang "miniature artist" tolong Nani untuk buat google mata lalat, train lalat ni untuk kuat (part yang ni pun super kelakar)... Nani siap train ala-ala kat gym itu sebab nak balas dendamkan dan hampir dipenghujung cerita baru Sudeep tahu lalat yang porak perandakan hidupnya itu adalah Nani...haaa!! Nak tahu apa jadi selepas itu, kena tonton guys! 

Ammi memang recommend sangat filem ni sebab best.  Kalau nak kata logik ke cerita macam ini? Memang kebanyakan cerita Tamil/Telugu/Malayalam dihasilkan diluar kotak pemikiran manusia kan! Nama pun hiburan..yang penting kita enjoy!!