Ruth Slater (lakonan Sandra Bullock) dibebaskan dari penjara selepas menjalani hukuman dua puluh tahun kerana membunuh seorang sheriff yang datang untuk mengusir dia dan adiknya yang berusia lima tahun, Katie, dari rumah mereka di Snohomish, Washington. Selepas dibebaskan, dia mendapat dua pekerjaan dan mula mencari adik perempuannya yang terpisah.
Katie, yang telah dibesarkan oleh keluarga angkat di Seattle, secara sedar tidak mengingati Ruth, walaupun dia mempunyai kenangan singkat dengan kakaknya. Pada hari pembebasan Ruth, Katie terlibat dengan kemalangan kereta dan ibu bapa angkat Katie bimbang bahawa kemalangan itu disebabkan oleh ingatannya, dan dia mungkin sedar bahawa Ruth telah dibebaskan. Mereka cuba untuk sembunyikan dari Katie tentang pembebasan kakaknya itu.
Keith, anak sulung sheriff yang dibunuh Ruth, telah mengetahui tentang pembebasan Ruth dan mula mengintainya dan merisik di mana dia tinggal dan di mana dia bekerja. Dia merancang untuk membalas dendam akan kematian bapanya (kerana dia taktau kebenarannya), tetapi tidak dapat membawa adiknya, Steve, yang sentiasa memberitahu Keith untuk "biarkan sahaja dan move on".
Suatu hari, Ruth kembali ke rumahnya lamanya yang kini dah dihuni oleh penghuni baru bernama John Ingram yang juga seorang peguam korporat. Ruth bercadang untuk guna khidmat John untuk mendapatkan semula adiknya.
Apa jadi dengan Katie & Ruth? Dapatkah 2 beradik ini dipertemukan?
Berjayakah John sebagai peguam Ruth?
Apa jadi dengan Steve? Dapatkah dia membalas dendam terhadap Ruth?
Sedihlah bila ada cerita adik beradik terpisah cara gini...terpisah satu hal, dinafikan hak untuk bertemu satu hal lagi.
7 Comments
Sedih filem ni, memang meleleh juga air mata sebab besar betul pengorbanan si kakak.
ReplyDeleteCantik kan SB ni...?
ReplyDeleteNanti boleh tengok Sandra Bullock ni memang lawa walaupun dah berusia dia lawa. Sama mcm Julia Robert jgk. ;)
ReplyDeleteApa kesudahannya ammi. Sandra bullock ni berlakon dia best. Lagi satu cerita dia the lake house... suka chemistry dia dengan keanu reeves...sweet sangat.
ReplyDeletealamak! cerita sedih ke ni?
ReplyDeleteantara pelakon hollywood yang dana minat, tak banyak kontroversi lakonan lak memang selalu mantap
ReplyDeleteyess..aku pun suka sandra bullock ni..best!
ReplyDeletedah tgk movie ni..best!! but aku lupa dah jalan citanya. ha ha ha..