Ujian Khas Ulul Albab & UKKM

Semalam Khilfi hadiri ujian UKKM dan Ulul Albab di MRSM Gemencheh.  Sama macam Kyra dulu...kalini pun ammi tak dapat pergi sama.  Mungkin ini lebih baik sebab taknaklah nanti Kyra kecil hati pulak masa dia dulu ammi tak ikut sama masa interview.  Dapat keputusan untuk UKKM hari Jumaat, masa tu ammi dah nak on the way nak ke Kelantan.  Terus serba salah nak tinggalkan anak kat rumah kakak ipar sebab ammi tau confirm 100% dia akan lebih banyak main dari belajar.  

Masa apply MRSM haritu Khilfi request nak pilih Ulul Albab untuk pilihan pertama dan kedua dan yang ketiga tu dia pilih MRSM biasa.  Ammi ikut je pilihan dia janji dia suka dan tak ada paksaan dari ibu ayah.  

Tanya dia kenapa pilih Ulul Albab...jawapan dia "ntahlah Abang pun tak pasti, tapi macam tak rugi je belajar Al-Qurankan".


Khilfi ni ammi tak ada masalah dengan dia dari segi akademik.  Insyaallah dia anak yang agak cerdas akalnya.  Masalah utama dia adalah di bahagian kokurikulum.  Ammi risau je dengan markah PAJSK dia.  Sebab dia tak mewakili apa-apa jenis sukan pun kat sekolah...walaupun untuk rumah sukan sekalipun.

Acara sukan yang dia pilih (bola sepak), dia layak sampai saringan ke-3 aja.  Yelah ramai lagi kot yang ringan badannya dan laju larian, gelecek bagai.  Bila suruh masuk lontar peluru ke, lempar cakera ke...taknaklah pulak.  Demandddddd...nak sukan yang top-top je.  Acaner??


Sendat sungguh vest dia dah.  Nak ganti lain macam tinggal less than quarter lap je nak habis.  

Abang, kita dah berusaha belajar sama-sama walaupun singkat sangat tempoh nak buat final revision ni.  Dengan risau bab dia nak translate soalan Sains & Math lagi.  Khilfi belajar Sains & Math dalam bahasa Inggeris...tapi soalan masa UKKM hanya dalam bahasa Melayu je.  Payah juga nak translate terms yang digunakan tu.  Ammi ingatkan ujian UKKM ni dual language macam soalan periksa yang biasa...rupanya last minute baru tau soalan hanya dalam bahasa melayu.  Seriauuuuuu.

Kita dah usaha, kita berdoa dan tawakkal sajalah ye.  Ada rezki kamu adalah...tak ada di MRSM mungkin di sekolah lain.  Yang penting...jangan mengalah.

Post a Comment

6 Comments

  1. Sejuk hati dengar jawapan dia tu Ammi...moga ada rezeki dia masuk MRSM UA. Acik doakan Khilfi berjaya aamin 🤲

    ReplyDelete
  2. ooh soalannya dalam BM ye saya ingatkan dalam BI..nak kena study hard lagi la utk si Pia..Good luck khilfi insyaAllah ada rezeki

    ReplyDelete
  3. Allahu..jawapan dia... memang sejuk perut la dengar. moga ada rezeki dia dapat sekolah tu..aamiin

    ReplyDelete
  4. payah jugak yek soalannya takde bahasa inggeri sedangkan dia belajar dlm bahasa inggeris... harap semua yg terbaik but Khilfi ya kak

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah! Semoga menjadi anak Syurga.. Syukur!
    Semoga terus berjaya dunia dan akhirat.. Aamiin!

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah.. Jawapan dia tu.. Semoga dipermudahkan.. Aamiin..

    ReplyDelete