Ammi dan historical drama berpisah tiada.
Ammi mula tengok drama ni masa dia dah berapa 10 episod ditayangkan rasanya. Laju sangat pace cerita ni. Ammi suka. Kadang-kadang bila cerita tu selow-melow ni ammi akan lajukan speed dia. Penatlah tunggu nak nangis sebabak, nak jalan sebabak. Yang ni queen tu pun dah jalan macam nak jogging. Gila tak laju.
First episod tonton drama ni ammi macam ehhhhh suka pulak dengan queen ni. Nampak bertenaga tak macam permaisuri dalam cerita-cerita era Joseon yang lain yang kebanyakan tunduk mengikut kata mak mertua, tunduk mengikut kata para pembesar. Dia ni lain maciammmm..sesuai sangat dengan tajuk. Dan seksi pulak ammi rasa bibir permaisuri ni ahaksss...
Ceritanya berkisar tentang perebutan siapa bakal jadi Putera Mahkota dari kalangan anak-anak Raja bukan anak sahaja anak dari permaisurinya tapi juga dari 9 orang gundik-gundiknya. Gila ramai kot putera-putera raja, ada 13 orang semuanya. Gundik-gundik bersaing untuk mendapatkan kuasa melalui anak lelaki mereka.
Putera-putera dari permaisuri ada 5 orang semuanya, putera sulung memang dah jadi Putera Mahkota tapi dia sakit dan akhirnya meninggal dunia. Ada kisah disebalik kematiannya. Ada kisah juga disebalik pertabalan raja bapa kepada putera mahkota. Selepas kemangkatan Putera Mahkota tulah, berlakunya sessi pemilihan untuk Putera Mahkota yang baru. Dan pada saat nilah Permaisuri bersungguh-sungguh nak train 4 lagi puteranya yang bermasalah (malas belajar, malas nak bertanding, nak kahwin sesaja, asyik lambat ke kelas) ini untuk lebih berdisiplin. Gundik yang lain pun apa kurangnya. Semua nak anaknya terpilih jadi Putera Mahkota.
"Putera Mahkota tidak dilahirkan tapi dia dijadikan.” Inilah kata-kata yang dipegang Permaisuri. Apa yang lebih bagi semangat pada Permaisuri bila Bonda Ratu (ibu mertua) dia seboleh-bolehnya taknak anak-anak dari Permaisuri ni dapat takhta Putera Mahkota. Dia nak juga anak dari salah sorang gundik yang jadi Putera Mahkota sebab dia ada kepentingan kat situ. Tamak sungguh ye.
Untuk berlaku adil, Raja ambil keputusan untuk buat pertandiangan. Putera-putera diberi tugasan dan siapa yang berjaya itulah Putera Mahkota yang akan terpilih. Masa ni sedih tengok putera-putera dari gundik yang dah tak sanggup nak jalani ujian tapi dipaksa juga oleh ibu dorang. Permaisuri nilah yang layan anak-anak tiri dia macam anak sendiri.
Dalam pada nak menjadikan anak-anak dia Putera Mahkota macam-macam isu yang timbul. Macam-macam cerita lama yang terbongkar yang akhirnya dia tahu siapa dalangnya.
Korang yang belum tengok, silalah tengok. Ada part yang kelakar, yang sedih. Kasih sayang ibu tak ada tolok bandingannya.
9 Comments
Best la baca sinopsis ni, tapi klu nak tgk takut kang tak berenti2 nengok drama Korea smp kerja tak bergerak pulak huhu…
ReplyDeletemenarik, belum start tengok...suka jg drama historical..
ReplyDeletedana belum layan lagi drama nih kak, tengok macam best je. Tapi kalau drama gini mesti dia punya bonda ratu tu jahat. Jahat mesti tak suka ngn permaisuri... pastu gundik2 lak mesti jahat tak sedo diri betul kan hahahah
ReplyDeletemenarik!! siapa heroin ni?
ReplyDeletekita geng la... kak lina pun suka kdrama costumes/historical gini. UTQU ni citer dia laju.. macam cepat sangat habis. Bestnya queen paling bijak mematahkan niat jahat musuh² dia. Minggu ni drama favorite S2 pulak alchemy of soul hehe..
ReplyDeleteDah ada dalam list.. Nanti nak tengok juga..
ReplyDeleteHaritu tengok first episode. Nampak slow terus Fiza stop tengok. Ramai yang reviews kata cerita ni best. Ada masa nanti Fiza nak layan balik la cerita ni. 🤭
ReplyDeleteRamai yang komen best drama ni tapi tak berkesempatan lagi untuk tonton.
ReplyDeleteaku baru start tgk cita ni.. sabar menanti sampai habis baru nak layan..
ReplyDelete