Lanjutan dari kisah hadiah entah ke mana tu, ammi pun lelaju order hadiah untuk orang yang bersunat tu dari kedai lain pulak.  Dah janjikan, takkan kita nak mungkir pulak...kita adalah cerminan anak-anak.  Ewahhh.


Sikit punya laju da kedai ni...macam flash.  Order 21/12... 22/12 dah dapat.  Sepantas kilat.  Haaa inilah servis yang kita nak.  Pantas.  Ammi ni sebenarnya tak adalah expect sampai secepat ni sebab hari ammi order tu ammi adalah cakap kat Ozil, hadiah dia mungkin sampai masa kita kat kampung nanti.  Lepas balik dari kampung jelah main.  

Sekaliiiiii...eh tau-tau abang delivery tu dah tinggalkan depan rumah je parcelnya.  Budak-budak ni balik dari main bola petang tu dorang yang nampak parcel depan pintu.


Balik berpeluh-peluh tu terus mintak izin nak buka.  Slow motion pulak dia ni unboxing.  Dan datanglah sepasang kaki untuk membantu.


Bukan Ozil je tak sabar...yang tolong buka tu pun sama naiknya juga.


Inilah yang ammi order.  Ammi sebenarnya tak tau pun ammi ni order betul ke tidak.  Nampak ada set ammi main order je.  


22.12.2022 tu hari Khamis.  Biasanya hari Khamis ada bacaan yassin & tahlil kat surau lepas solat Maghrib dan confirmlah kena paksa dengan abah untuk ikut.  Ammi yakin sangat masa abah ajak gi surau tu hati dia 95% kat rumah sebab muka dah toya masa nak keluar rumah tu.  

Tengah ammi melipat kain dalam hujan lebat around jam 8.45 malam tu, ammi dengar orang bagi salam.  Buka pintu tengok dia balik dengan rambut basah, kaki jubah basah.  Dia redah je hujan sorang-sorang semata sebab beyblade ni.  Ishhhhh.


Kejap tu Abangnya pulak balik...dah togel jubah memasing terus main.  Tapiiiii kenapa pakai stadium lama?  Stadium lama besar katanya.  Ehhhhhh i beli pastu nak complain2 pulak ye.

Hari Jumaat masa dorang nak gerak balik Seremban pagi tu, si Ozil ada hati nak bawak balik set beyblade sekali dengan stadium.  Memang kena sergahlah dengan abahnya.  Ahakssss.

Sila balik rumah Seremban tu habiskan kerja-kerja mengecat.  Malam baru ammi pulak sampai.