Hari Rabu hari pasar malam.  Kebetulan abahnya tak sempat nak masak-memasak kat rumah sebab sibuk dengan urusan kerjanya.  Its ok...awa ta masak pun saiya saiyang awa juga.  Ahaksss tetiba gediks.

Ammi ni pulak sebenarnya dari pagi masa tengah berlapar buat IF terbayang-bayang roti naan dengan chicken tandoori, perah dengan limau nipis tu.  Perghhhh.  Dalam otak masa buka puasa IF pukul 12.30pm tu cakap petang nanti nak ajak abah gi cari roti naan.  Sekali petang tu abah offer, "nak makan yong tau foo pasar malam tak untuk dinner"... ehhhh terus ammi onzz.  Tak tetap pendirian betul.

Setakat ni ammi suka sangat dengan YTF kedai Khai & Jaafar di pasar malam Sg. Besi ni.  Dari mula ammi kahwin tahun 2004 sampailah sekarang... masih setia dengan YTF sini.  Dari abang & kakak tu muda sampailah nampak dah berusia.  Ehhh macamlah ko tu makin muda ammi.

Dulu namanya "Kedai Kak Long" kalau tak silap...sekarang ni tengok banner belakang gerai tulis Khai & Jaafar... apa-apa jelah kak...janji saya suka YTF akak & abang.  


Semalam agak kurang crowd.  Minggu terakhir cuti sekolah mungkin.  Ramai yang balik kampung agaknya.  Kalau tak tu...nak memilih pun berhimpit-himpit.


Penuh satu periuk besar.  Periuk ni 3 beradik...ni yg paling besar punya dan penuh.  Harga dia cuma RM49.00 je makan berlima.  Siap tak habis dan bakinya abahlah yang terpaksa habiskan malam lepas balik dari surau.

Ammi biasanya memang akan ambil Yong Tau Foo soup...pastu kuah dia tu minta sikit je buat cicah-cicah.  

Nanti kalau dah pindah Seremban mesti ammi rindu YTF akak ni... so far kat Seremban ammi belum jumpa lagi YTF yang kena dengan tekak.  Nantilah kita buat misi menjejak YTF.  Orang Seremban, sila cadangkan tempat YTF best selain kat benteng yang dah tak berapa nak sedap itu.