Masyarakat Malaysia sangat sinonim dengan daun pandan.  Tidak kira Melayu, Cina mahupun India, dalam masakan mereka pasti akan digunakan daun pandan.  Kalau di kampung tak sahlah kalau ditepi rumah tak ada pokok ni.  Memang kebanyakan rumah dikampung akan ditanam dengan pokok ni sebab banyak aja kegunaannya.





Selain kegunaannya sebagai penambah aroma kepada makanan dan penggunaan lainnya, pokok ini juga berkhasiat kepada kesihatan.  Terdapat beberapa petua yang diamalkan oleh orang-orang lama yang mungkin tidak ada mudaratnya jika kita juga mencuba kerana ia hanya menggunakan bahan semula jadi.  


Menurunkan darah tinggi

Menurut sumber, ambil beberapa helai helai daun pandan dan direbus dengan sukatan 2 gelas air. Didihkan sehingga airnya tinggal kira-kira setengah gelas saja. Minum airnya.


Mengubati lemah saraf

Ambil 3 helai daun pandan dan dicuci bersih kemudian dipotong-potong.  Rebus dengan 3 gelas air hingga tersisa 2 gelas saja.  Setelah suam, minum ramuan tersebut 1 gelas dua (2) kali sehari tiap pagi dan petang.


Menurunkan bacaan gula

Ambil akar pokok pandan yang terjuntai beberapa batang lalu dicuci bersih.  Rebus dan diminum segelas pagi dan segelas petang. 


Mencuci kewanitaan

Rebus daun pandan bersama daun inai, daun sirih, buah manjakani dan sedikit garam.  Setelah suam air rebusan tadi boleh digunakan untuk mencuci selepas membuang air kecil.  Arwah mama memang sediakan air rebusan ni selepas bersalin supaya luka lebih cepat sembuh, elak dari masalah kegatalan dan macam-macam lagi.


Merawat gout

Ambil tujuh helai daun pandan.  Rebus dengan menggunakan 5 gelas air sehingga air menjadi 2 gelas.  Minum setelah suam sebanyak segelas setiap pagi dan petang.  


Menghilangkan bau badan

Kisarkan daun pandan dengan limau, dan gosokkan pada badan, ketiak dan kemudiannya disabun dan dibilas.  Insyaallah...wongiiii je badan nanti.


Menurunkan Kolesterol

Selain menurunkan tekanan darah tinggi, amalan minum air rebusan daun pandan juga boleh menurunkan kadar kolesterol dalam tubuh.

Mengatasi sembelit

Rebus daun pandan dan minum airnya.


Melembutkan daging

Daun pandan yang dicampur dalam masakan membantu melembutkan daging.


Merawat rambut

Kisar 10 helai daun pandan yang segar dan campurkan dengan 100ml santan kelapa tua. Urut kulit kepala dengan campuran tersebut dan balut kepala dengan tuala.  Biarkan selama 30 minit.  Basuh kepala dengan air atau syampu.


Pewangi alami

Ikat atau potong daun pandan kecil-kecil ke dalam bekas dan letakkan ke dalam kereta atau almari rumah untuk bau yang wangi atau sebagai penghalau lipas semulajadi.

Pewarna asli

Kisarkan daun pandan dengan sedikit air dan tapis. Sesuai untuk dijadikan pewarna asli makanan atau minuman.

Buang angin dalam badan

Rebus 3 helai daun pandan bersama dengan sehiris halia serta seketul gula batu dan diminum suam



Wallahualam.  Kita berikhtiar tapi Allah yang mengizinkan.