Bekerja di luar atau menjadi surirumah?
Korang prefer yang mana?
Sumber dari Facebook
Kalau ammi personally, ammi tak pernah terfikir pun nak jadi surirumah. Habis je belajar dalam otak ammi fikir I need to earn money. I need to help Mama. Sebab ammi bukan lahir dari family yang senang. Arwah Aca meninggal masa ammi belum grad diploma pun lagi. I was only 20 back then.
Lepas tu Aca pun bukan warganegara Malaysia. Dia Singaporean yang hanya ada taraf penduduk tetap di Malaysia dan bukan juga pekerja swasta yang ada potongan EPF bagai. Dia kerja sendiri jadi gaji dia adalah gaji hari. Kiranya macam ada gaji adalah...kalau hari hujan tak boleh nak kerja tak adalah. Gitulah. Dengan gaji hari tulah mama akan asing-asingkan duit sewa rumah, duit api air, duit makan, duit sekolah, duit hari kecemasan. So kehidupan kami sekadar yang ada.
Jadi disebabkan tu ammi ni macam tak pernah langsung terlintas kat otak nak jadi surirumah sebab Ammi terfikir, if lets say ammi jadi housewife macam mana cara ammi nak bantu mama? Takkan nak harapkan suami kita pulak bagi duit kat mak kita setiap bulan.
Bila dah mula bekerja, dah ada duit sendiri lebih senang kita nak berbelanja tanpa rasa "berdosa" itu. Tapi kadang-kadang rasa serba salah pulak nak shopping padahal bukan guna duit suami pun.
Alhamdulillah grad diploma tahun 2000 ammi terus kerja hinggalah sekarang. Sambung degree pun sambil bekerja. Gigih betul kalau difikirkan. Tapi itulah orang putih kata "no pain no gain".
12 Comments
SA pun sama, SA pilih bekerja...x nak jadi beban kepada sesiapa pun...nak senangkan family...sekarang semua dah senang, semua dah ada family sendiri...so tiber masa untuk SA plak...
ReplyDeleteSaya pilih Bekerja sebab nak duit sendiri walaupun nanti ada husband...Tapi Kalau husband ckp NO, Sy leh jadi Suri rumah tapi tetap nak kerja walaupun kecik kecik...Jadiklah dropship ke apa ke..gitu rasanya
DeleteBekerja, sb arwah ayah memang ajar ank2 berdikari. Baik yg lelaki atau perempuan. kami Tak penah dimanjakan dgn mudah utk dpt sesuatu. Kena usaha sendiri utk dptkan . Penah arwah ckp apa yg dia miliki adalah usahanya sendiri. Mcm2 pekerjaan dia dari awal bw van sek, cari bijih timah, pastu buka kedai runcit, masa terluang usaha pula bertani tanam pokok durian dan lain2 , dpt modal lg beli teksi, dan malam pula jd guard sek dkt rumah.
ReplyDeleteAnak2 habis belajar kena kerja
belajar dari kegigihan arwah.
alhamdulillah
sebaiknya anak2..x kira lelaki atau perempuan kena bekerja sendiri bagi menampung diri sendiri n keluarga. jadi surirumah pun buleh kerja sambilan bagi menampung pendapatan suami...
ReplyDeleteUncle bekerja dan 'sura' rumah.... amacam?
ReplyDeletebekerja, sebab nak pegang duit sendiri boleh bagi family dan guna nak beli apa pun. Kecualilah dapat suami yang kaya raya bulan-bulan dapat bagi elaun 5k itu baru nk jadi surirumah hehehehhe
ReplyDeleteselagi ada kudrat sy pilih utk bekerja smpi lah keadaan yg memaksa sy berhenti bekerja
ReplyDeleteSurirumah. Alhamdulillah, bersyukur dan gembira dengan pilihan yang dibuat..hihi
ReplyDeleteBuat masa ni ibu selesa bekerja. Sama juga macam Ammi cakap boleh juga duit tu hulur pada emak dan abah. Lagipun bila dah kerja Kerajaan ni sayang rasanya nak berenti tunggu cukup umur amil pencen awal je nanti tapi lambert lagi. Hihihihi!
ReplyDeleteBekerja lagi setakat ni
ReplyDeletesaya pun pilih tuk berkerja sebab bukan dari keluarga yg senang, dan tak pernah terfikir tuk berhenti.
ReplyDeletesama..aku lagi la, anak sulung. abis belajar memang fikir nak keja je..alhamdulillah..x merasa menganggur pun, habis je belajar terus dpt kerja walaupun tukar bidang. syukur alhamdulillah sgt
ReplyDelete