Hari Isnin lepas (23.1.2023), awal pagi kami dah gerak dari Seremban ke Pengkalan Balak/Tanjung Bidara. Dah berjanji dengan adik-adik Abah untuk nak berkelah. Lebih kurang jam 9 kami sampai...rupanya memang kami yang dari Seremban ni sampai lagi awal dari 3 orang yang memang duduk kat Melaka.
Sesudah Subuh, ammi terus suruh anak-anak siap apa yang patut. Ammi terus masuk dapur goreng ayam (malam sebelumnya dah perap sesiap).. adik-adik yang lain bawaklah apa yang patut untuk nak isi perut. Ada yang nak bawak nasi lemak, nak bawak air panas. Ye...bawak jelah janji kita tak kebulur.
Ikut ramalan kajicuaca katanya akan ada ribut petir pagi. Kita berserah je. Dua hari sebelumnya memang hujan je diawal pagi. Plan nak berjogging hari Sabtu & Ahad gagal. Bila petang memang hmmmm kelautlah bab jogging bagai ni.
Belum sempat dipasang khemah anak-anak dah terjun dulu.
Kitorang pergi kat belah-belah Tanjung Bidara tapi bukan kat port yang ramai orang. Port ni banyak memerang tapi sangat kurang orang. Yang tak bestnya tak ada public toilet untuk nak bilas-bilas badan lepas mandi.
Cucu pertama kami. Sawwa (read: Sarah).
Banyak akal budak kecik tembam ni. Tok Abah dia terapung dalam laut tu sambil pejam mata...dia jerit suruh naik. "Atok, atok, bangun...tidur kat rumah", katanya.
Dia makan aiskrim...kita mintak sikit. Tak boleh katanya...sejuk nanti sakit gigi. Ehhhhh macam2 hal ye kamu.
Kami. Sebelum abah berendam.
Kalau dah handphone ammi kat dia...memang ntah apa-apa gambar jelah yang keluar.
Gambar mak tengah makan sambil sedih-sedih pun ada. Kita pakai baju yang Kak Amie bagi.
Geng orang tua.
Geng anak-anak
Muncung mak pun Kyra nak snap jugak. Muncung boleh buat gantung hanger gitu.
Duyung kecil
Panas sungguh rasanya. Terasa menggigit-gigit kaki & tangan. Harini takyah ceritalah dia punya sunburn kat muka ni. Walaupun muka azali memang dah 'burnt'...tambah dengan cuaca ditepi pantai...double burnt jadinya.
Dalam jam 1.00 kita pun beransurlah kemas dan gerak. Ada 2 khemah nak dilipat. Masa bukak macam senang, nak lipat balik berjanggut. Anak-anak ammi suruh tanggalkan baju semua pastu pakai tuala je dalam kereta. Abah kita alaskan plastik sampah dan duduklah atas tu masa drive sementara nak gi mandi kat rumah adik ipar di Paya Rumput.
Alhamdulillah...walaupun sekejap tapi sekurang-kurangnya lunas dah hutang berjalan dengan anak-anak.
6 Comments
Cute la cucu Ammi ni :)
ReplyDeleteSekejap ke lama ke janji memori tercipta...itu yg mahal...
Seronoknya mandi laut....abislah semua berubah warna nanti tu berendam lama..udara laut ni lain kan..amboii sarah x syg mulut eh ..ikut sapa la tu....
ReplyDeleteYang buat rasa-rasa tu la akan teringat-ingat tu Ammi🤭
ReplyDeleteSelalu juga berkelah kat pengkalan balak ni
ReplyDeletePantainya landai dan airnya tenang aje
Alhamdulillah..spend time dengan family tercinta...saya Lama x ke sini..dulu zaman study je singgah2.. huhu..
ReplyDeletehahaha biasanya macam tu lah, yang duduk dekat selalu lambat
ReplyDelete