Budak Kacamata

Akhirnya Ozil pun terpaksa dicermin matakan.

Eh...tapi dulu-dulu ada group nama budak kacamata kan?.  Sedap juga suara vocalistnya sebab ada serak-serak ala-ala suara Hazama.

Ammi ni sebenarnya tak perasan pun dia ni ada masalah mata.  Yang perasan keadaan dia along ammi sebab along ammi ni kerja kat kedai cermin mata berpuluh tahun dah.  Dia tengok cara orang memandang je dia dah boleh tau orang tu jenis rabun camna.  Kiranya macam ibarat sekilas ikan di air, udah tau jantan betinanya.  Ha gitu.  

Ammi ni nampaklah Ozil suka terkedip-kedip mata tu..kadang-kadang ammi marah. "Eh dah kenapa kenyit-kenyit mata...kang ada budak perempuan tengok karang dia ingat awak mengurat dia pulak".  Tidaklah pulak ammi tau itu antara simptom masalah mata.  Tapi ada juga kadang-kadang balik sekolah tu dia ngadu pening kepala, rasa nak muntah.

Buat test mata kat kedai mata, orang tu kata nampak astigmatism agak tinggi (silau).  Nampak juga ada rabun jauh.  Ammi memang tak retilah nak baca reading yang machine tu keluarkan walaupun berkali gak along ammi explain dulu.  Nak terus buat orang kedai kata budak under age tak boleh buat spec suka-suka hati.  Kena dapat kelulusan dari hospital kerajaan baru boleh buat.  Ohhhh gitu.

Jadi bawaklah dia ke Klinik Kesihatan.  Ini sekitar awal November 2022.  Bila ke KK dorang kata dorang tak ada equipment jadi dia buat referral letter ke Hospital Kuala Lumpur.  Jadi ammi pun pergilah HKL tu.  Test pertama mulanya staff dalam bilik tu kata 

Staff HKL: ok je anak ni puan..dia boleh baca semua baris.
Ammi: Baris berikutnya? (Dalam hati ammi...nak test cepat-cepat nak pegi mana?)
Staff HKL: Cuba adik baca yang ini...dia tunjuk baris ke 4 (dan baru dia angguk).

Haaaaaa...dah kata rabun mestilah tak boleh baca yang jauh atau kecik.  Ko suruh baca yang besar macam saiz iklan billboard dari 3km dia boleh baca.  (Over tak ayat ni?)

Pastu dapat next appointment bulan 3 tahun ni patutnya.  Umangaiiiii bapakkan lama.  Ammi cuba negotiate dengan staff kat kaunter, mula-mula dia kata tak boleh sebab slot penuh bagai.  Ammi cakaplah yang ammi nak pindah semua then dapatlah tarikh lain 20.12.2022.  Benda boleh bincang....janganlah terus cakap tak boleh.  Ahaksss.

20.12 tu abah yang bawa sebab ammi tak boleh cuti masa tarikh tu.  Pergi, abah dah hangin gak...dari pagi sampai ke dekat pukul 1 tak settle.  Kejap tu abah hantar gambar... "dah boleh buat spek" katanya.


Ehhhh...baru tadi mengaruk kata lambat tiba-tiba dah siap.  Tanjat gegirl.


Belikan dia cermin mata murah je sudah.  RM49 je.   Dah serupa Harry Porter pulak anak ammi ni.  Ahaksss...perasan je maknya ni.
 


Buat kat kedai Umaira Eyeware Sungai Besi.  Yang bestnya kat kedai ni... dahlah RM49 je...dapat FOC frame untuk pembelian lain kali pulak.  

Rupanya bila dah dapat surat daripada hospital, kedai cermin mata tu dah tak akan check lagi dah mata anak.  Dia buat cermin mata berdasarkan bacaan yang dalam kertas dari hospital tu je.


Hari pertama dan kedua eloklah berjaga cermin mata.  Sekejap-sekejap dia lap, siap tiup-tiup bagai.  Lepas tu...hmmmmmm.  Tapi setakat seminggu ni masih berpakailah specnya walaupun yang belah kanan tu ammi tengok dah terjongket je.

Along ammi nasihatkan untuk buat eye physio or exercise kat dia.  Maknanya tutup sebelah cermin matanya selang-seli.  Contoh Isnin tutup belah kanan biar dia guna mata kiri je.  Selasa tutup belah kiri dan biar dia guna mata kanan.  Insyaallah, kalau buat berterusan mungkin mata dia akan kembali normal.  Mudah-mudahan.  

Post a Comment

17 Comments

  1. oo mcm tu prosesnya. baruu ku tahuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. harap-harap anak awak takyah lalu proses buat cermin mata ni...

      Delete
  2. Murah harga cermin mata. Lagi dapat percuma bingkai untuk kedatangan ke-2. Macam suruh buat ganti untuk Ozil pula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam tau2 je spec kalau kat tangan budak pendek jangka hayatnya

      Delete
  3. Replies
    1. kat area ammi ni mmg banyak kedai yg offer spec murah... frame + lense less than RM60 boleh dpt tapi limited option la

      Delete
  4. Ozil lg smart laa bla pakai spek👍👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. tuan badan sendiri cakap "alip rasa macam handsome pakai spec"...ehhhh masuk bakul betul budak ni

      Delete
  5. Cuya start rabun bila selalu guna komputer...form 2 dah rabun, tapi ibu taknak percaya...hahah form 3 baru official pakai spec

    ReplyDelete
  6. Geng anak2 saya, geng kaca mata 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan...anak awak suka membaca. anak ammi camna boleh rabun ntahlah

      Delete
  7. Comel dia pakai spek.. Ni masa abin dl pun sama.. Kecil beso kecik beso je diatgk tulisan... Skrg lagi la bertambah2 power nya.. Adoii!! Harga spek skrg kemain mahal... Rezeki ammi dpt yg murah tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat tempat ammi byk yg murah2...tp optionnya agak limitedlah. yg simple2 je

      Delete
  8. Aqil pun mula dpt kesan sebab suka kedip2 mata ibu sampai marah sebab takut jadi habit. Yg plg kesian dia selalu tak habis salin nota kerja dari white board belum sempat habis salin kengkawan dah padam. Jd berlubang bnyk buku nota dia. Ibu marah lagi. Rupanya ibu tak tau mata dia rabun jauh. Dia tak nampak jelas. Dia paksa mata utk melihat. Kesian bdk Aqil. Ibu lambat sedar. ;)

    ReplyDelete
  9. Oh... rupanya kena check kt klinik kesihatan dulu rupanya... baru tau ingatkan terus boleh buat lps check kt kedai tu

    ReplyDelete
  10. oo...mcm tu plak yer kalau utk budak2 kecik...mcm2 kan.. ian dulu 12 tahun baru start pakai...x de la plak mcm ni bagai

    ReplyDelete