Cendol Retro Batu Kikir

Ini first time kami makan kat sini sebab macam yang ammi cakap di posting Penghujung 2022 tu ....dulu ini tapak kedai basikal.  Selalu nampak basikal bergantung-gantungan nak selalu jugak anak-anak minta abah belikan dorang basikal kat kedai tu.



Selain cendol ada makanan lain juga.  Tapi disebabkan kami semua baru je lepas lunch di rumah KakChik...jadi kita sejukkan tekak jelah.

Ada Mee Goreng Tulang Lombu katanya...nanti bolehlah dicuba.


Cendol pulut untuk Ammi, Kyra & Khilfi - RM5 setiap satu
Cendol Oreo Aiskrim untuk Khalif - RM6
Cendol Biasa untuk Abah - RM6


Gembira beliau


Beliau pun gembira dan mata meliar je pandang menu-menu yang bergantungan.  Awak jangan macam-macam ye...tahan sikit nafsu makan tu.


Ada bekas sendiri...tapi ammi lebih suka makan cendol dalam mangkuk steel style oldskul gitu.

Next time datang boleh lah cuba benda lain pulak...ada roti arab, ada satay, ada makan goreng-goreng yang lain juga.

Cendol Retro Batu Kikir
Matahari Heights
70450 Senawang, Negeri Sembilan

Betul-betul seberang jalan dengan Restoran Ar-Robbah Matahari Heights.

Post a Comment

13 Comments

  1. boleh cuba next time kalau ada ke sana

    ReplyDelete
  2. teringat lirik lagu... Batu Kikir Jambatan Bosi, Gulai Udang Sebelanga..

    kita pun lagi suka makan cendol dalam mangkuk besi tu.

    ReplyDelete
  3. wah cendul biasa lagi mahal dari cendol pulut...kalau ada cendul durian lagi best ni

    ReplyDelete
  4. Okey tak jauh, nanti nak ajak batalion kat rumah ni pergi cuba!

    ReplyDelete
  5. sedapnya..ada oreo jg....ha'ah..mangkuk steel & sudu steel...sejuk je..

    ReplyDelete
  6. Cikbunga pun suka. Makan cendol... Nak pulak masa tengah hari panas kan.. Pekena. Cendol perh

    ReplyDelete
  7. Persembahan imej dia pun not bad.....

    ReplyDelete
  8. dah lama tak lyan cendol terliur lak nengok ammi tayang nih

    ReplyDelete
  9. sedapnya cendol. pekena waktu panas2 ni mmg layan. kann.

    ReplyDelete
  10. cuaca panas dpt cendol mmg best

    ReplyDelete
  11. Menarik tu.. klau cendol Aini suka yg biasa..hehe

    ReplyDelete
  12. wah nampak sedap dan pekat cendol tu

    ReplyDelete