Hari Rabu malam waktu Khilfi tengah buat latihan matematik, tiba-tiba dia cakap "Ammi apa kata Sabtu ni kita pergi makan sushi". Ewahhhh tengah belajar pun sempat fikir bab makan. Tapi dia ni bab mencadangkan perihal nak makan apa, makan dimana dia memang terror.
Ammi tak bagi jawapan sebab ammi tau hari Sabtu abahnya outstation. Outstation bermain bola di Johor. Nampak tak... tak agak-agak ok main bola sampai ke Johor. Team abah siap sewa bus lagi. Apa-apa jelah Ba, janji awak main bola sepak bukan tiba-tiba acah-acah main bola di Thailand.
Esoknya di office dari pagi membawa ke tengahari Ammi terbayang kesedapan sushi. Ya Ampun...anak yang teringin mak pulak yang over membayang. Terus whatsapp abah nak ajak dinner sushi...tapi hampa sebab abah kata abah dah siap masak. Ehhhhh awal betul dia masak dinner.
Sudahnya hari Jumaatlah kami dinner makan sushi. Lebih kurang jam 6 kami gerak ke Bangi, sampai Bangi pergilah kami membeli-belah barangan keperluan dapur di Hero Market Kipmall sementara menunggu Maghrib. Hero kat sini best 60 kali ganda jika dibandingkan dengan Hero di rumah ammi. Dahlah sempit, busuk pulak tu.
Barang dapur banyak dah kosong...jadi kita top up mana yang patut. Tiba-tiba yang tak patut pun masuk dalam senarai bila tiba-tiba Khilfi kata "apa kata kita masak ini"... Dia ni memang tak boleh sebut "apa kata" gamaknya. Ammi seolah-olah terpukau dengan "apa kata" dia ni.
Selesai membeli-belah dan solat Maghrib moh le kita ke tempat yang nak dituju. Ammi lapar sangat dah ni sebab ammikan tak sarapan hanya minum segelas nescafe o tanpa gula. Lunch ammi hanya minum shake + pisang. Selalunya dinner sebelum maghrib, tapi haritu dah lepas maghrib...meroyan perut ammi menahan lapar.
Peminat sushi semenjak dari dalam perut ammi lagi. Dari dalam kereta dia dah terbayang Tobiko kat atas sushi.
Tobiko ialah istilah Jepun untuk telur ikan (roe) yang harvested from flying fish (dari keluarga Exocoetidae). Tobiko biasanya dijadikan "hiasan" boleh dimakan di bahagian luar banyak gulungan sushi.
Pencadang yang gembira bila cadangannya diterima.
Yang paling ammi suka bila makan di Nippon Sushi. Ginger pickles dia. Tak berhenti ammi mengunyah walaupun pedas. Dah nama pun halia kan...mestilah pedas. Ginger pickles ni tidak dicaj. Dia macam ko ambik wasabi dan soy sauce...
Masuk kereta hambik.... tak cukup dengan sendawa, kentut pun ammi bagi jugak. Nasiblah suami dan anak-anakku sayang. Ammi perlu melepaskan apa yang selama ini terbuku didalam badan.
Sementara tunggu makanan yang dipesan sampai, berpiring-piring telah selamat masuk ke perut.
Abah order Tan Tan Ramen Beef (RM18.50). Macam pedas...tapi tak pun. Abah salah tengok gambar da. Dia tengok yang ada 3 biji cili menunjukkan level pedas makanan tu, tapi dia order yang lain.
Ammi order Beef Teppanyaki (RM23.60). Sudahnya ammi dapat makan nasi & sayur je sebab daging tu macam Khilfi dan Ozil yang sibuk makan. Mak-mak gitu...mengalahlah.
Khilfi order Zaru Soba (RM10.00). Dia order ni sebab watak kesukaan dia dalam My Hero Academia suka makan benda alah ni. Macam ni pun boleh?
Ammi cuba juga...ammi cuma ambil mee dia dan makan. Ehhhh dah napa tawar hebeh je? Rupanya Khilfi kata makan mee tu kene dip dalam air tu..air tu masin. Ohhhhhh.
Alhamdulillah... craving satisfied. Sapa yang teringin sapa yang melebih-lebih ntahlah. Sama naik mak dan anak nampak gayanya.
Makan di Nippon Sushi ni agak murah belanjanya jika dibandingkan dengan "Raja Sushi" yang dah lama mendominasi pasaran Malaysia. Total belanja kami cuma RM154.00 termasuk air dan 25 piring sushi pelbagai warna.
Dah selesai makan, dalam kereta abah cakap "kesian kakak, tak ikut". Ehhhh dah kenyang baru ingat anak?
8 Comments
sedapnya sushi.. lagi2 kalau main tarik aje sushi apa yang lalu. hehehe.. sesekali tukar selera mkn sushi pun ok, xde la jemu makan nasi aje
ReplyDeleteKite suka sushi tapi abah ahnaffea tak suka pulakk 😌. Dah lama tak makan sushi. Takde geng. Huhuhu.
ReplyDeletepernh skali mkn nippon sushi..byk pilihan smp rambang nk pilih
ReplyDeleteUncle pernah cuba shushi sekali je....
ReplyDeletesaya tak boleh in pulak dengan sushi...
ReplyDeleteAiseh, sekarang saya yang craving gak ni, nak buat cmane. Haha
ReplyDeleteaku ngan iris je yg minat sushi, ian x..so memang jarang2 sgt la ke sushi nya pun
ReplyDeleteSedapnya. Lama tak makan sushi.
ReplyDelete