Hari Jumaat haritu balik dari kerja terus je shoot balik Seremban.  Disebabkan risau nak lalu Plus Highway kami pun lalulah Lekas sekejap.  Singgah Bangi solat Maghrib, pastu kononnya nak makan kat Nilai.  Dah waze semua tengok line clear nau walaupun lalu Plus Highway.  Sudahnya tak jadi dan lajak jelah terus sampai Seremban.  Tak jam uolllllsss.  Very surprise gitu.  

Dah sampai Seremban, jadi macam....ehhhh mana pulak nak dinner ni?  Si kecik dah tanya "lambat lagi ke nak sampai, jauh lagi ke".. lapar la tu.

Singgah jelah dekat Sup Under Flyover Rasah.  Lokasinya betul-betul depan Masjid Rasah dan bawah Flyover.


Tengah-tengah makan otak berfikir, macam mana kalau flyover ni jatuh.  Camna kalau ada kereta terbabas dari atas flyover ni.  Ehhhhh otak sarkas betullah ammi ni.  Suka pikir yang bukan-bukan.

Orang kata sup dia sedap, tapi kitorang tak order pun.  Lagipun abah kenyang sebab dia dah pekena nasi ayam sebelum gerak balik Seremban.  Ada hamba Allah sedekahkan nasih ayam masa solat Jumaat dan ada balance sebungkus.  Sayang pulak kalau tak makan.


Abaikan rambut pakcik baju kuning yang mintak di'rebonding'kan tu.  Makin tua makin tinggal sikit rambutnya.  Yang tukang ambik gambar ni pun...boleh tahan parkinson tangannya.  Abih bergegau gambar.


Kat sini boleh je order dari mana-mana gerai-gerai kecik yang ada disekeliling tapi air order ngan kedai ni.  Kira oklah tu...berkongsi rezeki gitu.


Khalif nampak kerang bakar terus dia nak.  Memang suka kerang betul budak ni.


Ammi dengan Khilfi makan garlic naan with tandoori chicken.  


Kyra punya fish & chip.  Memang inilah pilihan dia kalau dia nampak.  Lagi satu sizzling noodle.  Kalau nampak yang itu memang dia tak tengok yang lain dah.  Isunya dengan kedai western ni ialah...bagi RM50 tak ada duit kecik.  Bagi RM20,  Harga sepinggan ni RM13.00.  Beriya anak datang pulang balik duit RM10 sebab kata tak ada duit kecik.  Dia mintak kita cari RM3 tu.  Ehhhh abah terus macam "ehhhh suruh bapak gi cari duit kecik".  Niaga tak ada tukar camno?

Khalif makan Nasi Goreng Kambing UFO...tapi lupa pulak nak ambik gambar.  

Next datang sini nak cuba sup dia la...betul ke sedap nau.