Kepuraanmu

Sudah gaharu cendana pula
Sudah tau bertanya pula

Maksudnya:  Pura-pura tidak tahu


Kalau ammi, pura-pura tak nampak rumah bersepah bila ammi tak sihat yang penting katil ammi nak baring tu kena kemas, tegang dan tersusun.

Pura-pura tak tahu keputusan sekolah anak padahal awal-awal lagi maknya ni dah check result.  Ini masa awal-awal Kyra masuk sekolahlah.  Masa tu guna sistem semakan SAPS.  Lepas MCO ni... harapkan anak-anak bawa balik kertas yang dah ditanda beserta markah jelah.  Apa keputusan keseluruhan pun kadang-kadang cikgu kata "ini untuk dalaman sahaja Puan".  Aterrrr???

Pura-pura tak tahu apa alatan atau bahan yang anak nak kena bawa kena pergi sekolah walaupun cikgu dah letak dalam group whatsapp.  Ammi tanya je, "esok ada seni, kena bawak apa ni?"...jangan esok pagi baru terhegeh-hegeh nak cari".  Tapikan kadang-kadang zaman sekarang, anak-anak memang tak diberitahu dalam kelas, apa yang kena dibawa.  Cikgu memang letak kat group whatsapp parents je.  Ishhhhh janganlah gitu cikgu oiiiiii.  Bagi anak rasa bertanggungjawab tu.  Bab jadual periksa pun gitu, cikgu tepek PDF dalam group je.  Dalam kelas tak ada pun cikgu letak kat notice board suruh anak-anak salin ke macam zaman kita dulu.  

Yang paling selalu, pura-pura terlupa nak unlock telefon anak-anak walaupun dorang dah buat apa yang ammi suruh.  Dan bila ammi dah pura-pura anak-anak ni pun takdelah nak berzikir kat tepi telinga minta telefon dibuka.  Dorang takut ke dengan ammi sebenarnya?  Ahaksss.

Masa kat office lama, PURA-PURA SIBUK.  Dari pagi sampai ke petang dok draft sekeping surat tak siap-siap.  Jangan tiru aksi ini.  Kat office ni kalau takde kerja ammi tak pura-pura macam ada kerja, ammi buka phone nak main candy crush.  Kalau tak pun buka Solitaire dan main.  Dah kata takde kerja...

Banyak lagi pura-puranya tapi ammi nak pura-pura buat tak ingat jelah.

Bye korang.

Post a Comment

8 Comments

  1. Hati sakit tapi pura- pura tak sakit..ada benda yang boleh share ada yang perlu pendam sendiri kan...pura- pura x nak amik tau walau benda tu wajib amik tau...

    ReplyDelete
  2. hari sabtu ada lah hari pura-pura paling besar bagi dana, lepas siap masak sarapan Edy dah pergi kerja. Dana pun pura-pura lupa nak mandi, lupa nak siram pokok , lupa nak masak. heheheh berbaring sampai layan tiktok lepas tu sambil pikir malasnya nk siram pokok tapi tak siram kesian pulak, udahnya pukul 10 lebih baru mandi kul 11 baru siram bunga, pura-pura jiran lain tak sedar kan hehehhe.

    ReplyDelete
  3. Kura-kura dalam sampan
    Pura-pura tak perasan

    ReplyDelete
  4. Pura-pura tak tahu kalau kata tahu nanti semua kerja hempuk kat kite....huhuhu

    ReplyDelete
  5. pura pura tak sakit hati pd hal....

    ReplyDelete
  6. selalu sgt ni...nak selamat. he he he..
    pura pura garang, tapi memang garang jugak but kena pada masanya.. rasanya

    ReplyDelete
  7. Pura Pura tak tahu walaupun reti.. Kdg tu bukan Kerja hakiki atau scope kerja kita selamanya. Tlg Sedikit leh la..hohoo

    ReplyDelete
  8. Pura-pura kenyang, padahal lapar. Pura-pura happy bekerja padahal sekadar buat apa yang sepatutnya. Pura-pura tidur padahal tengah menangis (ni masa sakit dulu lah)

    ReplyDelete