Juvenile Justice ini adalah sebuah drama serius berkenaan dengan permasalahan remaja bawah umur di Korea.
Ini filem kedua lakonan Kim Hye Soo yang ammi tonton. Semua gara-gara kecemerlangan lakonan dia dalam series Under the Queen's Umbrella. Terus ammi macam suka kat dia.
Protagonis dalam drama ni Sim Eun-Seok (lakonan Kim Hye Soo), seorang hakim juvana elit di Mahkamah Daerah Yeonhwa dengan nama panggilan "Judge Max." Dia sangat benci pada pesalah juvana dan dia akan guna cara dia sendiri untuk jatuhkan hukuman pada pesalah juvana. Tapi ada sejarahnya kenapa dia benci sangat dengan pesalah juvana. Ramai yang tidak setuju dengan cara dia termasuklah ketua hakimnya sendiri.
Keras, dingin, serius, tak ada senyum-senyum langsung watak dia dalam series ni. Nampak dia sebagai seorang wanita yang tegas dan ada karisma. Pada Hakim Sim, pesalah juvana mesti diberi hukuman maksimum supaya dapat menyedarkan pesalah juvana ni akan silap dorang. Mula-mula ammi tertanya-tanya kenapa dia buat camni. Even kita sendiri pun kalau seorang budak under age buat silap kita akan "bagi chance" kat dia. Tapi sebenarnya silap juga. Kalau kita bagi chance...org lain pun bagi chance akhirnya budak tu rasa apa yang dia buat tu tak ada salahnya.
Berbeza dengan Hakim Sim, rakan hakimnya yang seorang lagi Cha Tae-ju (lakonan Mu-Yeol Kim) agak berbeza karakternya. Dia lebih berpendapat bahawa remaja yang bersalah perlu diletakkan dirumah perlindungan, pusat rehab sebab dia juga mendapat kesedaran lepas masuk ke pusat rehab.
Kalau kat Malaysia atau dimana-mana ammi tak rasa Hakim or even lawyer turun padang untuk cari punca sesuatu perkara tu terjadi. Hakim Sim ni kadang-kadang ammi tengok dah macam detektif pulak sebab dia sendiri akan ke tempat kejadian, siasat untuk cari sampai lubang cacing siapa yang bersalah, siapa lagi yang boleh dipersalahkan.
Siapa yang suka cerita serius camni boleh tonton dengan anak-anak sebab ada pengajaran disetiap akhir episod. Ammi tengok Netflix guna handphone dan ammi lajukan speednya...bila laju tu terasa bersemangat pulak tengok cara Hakim ni bercakap.
10 Comments
Macam menarik drama ni, Ammi.
ReplyDeleteSalah satu wishlist ibu jgk ni. Sama lah mula minat dia dari drama Under The Queen's Umbrella. Memang suka dgn dia sejak tgk drama tu. Hihihihi!
ReplyDeletesy pon suka juga genre mcm ni hehehe
ReplyDeletebest. aku awal2 lagi dah layan
ReplyDeletebetul ammi..rasanya kat Malaysia atau realiti mana-mana pun, x de hakim atau lawyer yang sampai turun padang cari punca..agak interesting jalan cerita drama ni...
ReplyDeleteSha baru tgk 1 episod.. hehehe.. nanti la sambung tgk..
ReplyDeleteSA dah tengok..memang best giler...
ReplyDeletePelakon handalan semua ni. Masuk list dulu. Baru lepas habis Kdrama Cleaning Up, sekarang baru layan episod 1 Our Blues.
ReplyDeleteStart suka kat kim hye soo ni masa citer signal dgn Lee jee hoon. Dalam citer ni dia jadi detective yang serius kerjanya. Dia kalau berlakon memang best
ReplyDeletebagus hakim ni adil siap buat siasatan sendiri lagi
ReplyDelete