Lain orang lain cara belajar

Minggu lepas kebanyakan sekolah buat peperiksaan Akhir Tahun (di awal tahun).  Nama baru peperiksaan ni Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA).  

Anak-anak dirumah pun studylah juga walaupun kebanyakan masa ammi tengok macam "acah-acah study tapi tidur".  Cara ammi biasanya (ammi mula buat ni since Kyra darjah 1 lagi), ammi akan ambil buku teks dan soal je dorang randomly.  Kyra & Khilfi suka bila ammi soal camni sebab katanya dia lebih mudah ingat berbanding dia sendiri baca.  Tapi sampai bila anak-anak?  Di asrama ammi tak ada nak soal korang.  Dia U nanti pun ammi tak ada nak soal.

Sampai kat Ozil dia tak suka bila disoal.  Mulala buat muka bagai.  Ehhhhh jangan nak macam-macam dengan ammi ye.  Jadi ammi pun cari banyak-banyak set soalan...dan suruh dia buat latihan.  Buat je latihan kat Quizzis tu walaupun selepas dah tak ada PDPR cikgu-cikgu pun banyak tak buat soalan kat situ.  Yelah...banyak lagi kerja cikgu-cikgu sekolah ni.


Khilfi kata "Alip ni belajar dah macam orang masuk Universiti".. ehhhh macamlah dia penah tengok orang masuk U tu belajar camna.

Sepah beriya-iya tapi tuan badan dia hilang ntah kemana.  Memang agak mudah distracted si kecik ni.


Tak cukup kertas bertabur di bawah....kertas kerja abahnya pun dia kelebet juga.  Macamkan faham.

Apapun cara kamu belajar, semoga anak-anak ammi lulus cemerlang.  

Post a Comment

10 Comments

  1. Hihi comel jer kerenah sorang2 tuu. Semoga semuanya berjaya dunia akhirat.

    ReplyDelete
  2. Bagus jugak kan ikut style ammi ni. Budak-budak pun seronok nanti.

    ReplyDelete
  3. Yaya pun suka tanya random. Pastu bila anak-anak tak dapat jawap dorang sendiri menggelabah dan study sendiri.

    ReplyDelete
  4. Lain orang lain caranya kan Ammi.
    Ibu sampai sekarang tak faham cara si bdk Aqil belajar tmbh sejak dah remaja 14 tahun ni.
    Bukan bleh ibu nak bercakap lebih dia jadi rimas.
    Ibu habis hilang semua yang ada dalam kepala saya ni kata dia.
    Angin je ibu dengar. Hahahaha!
    Cuma bdk Aqil ni dia jenis suka terangkan balik pada ibu setiap info benda yg dia belajar.
    Macam cikgu lah ibu pun buat lah macam oooowhhhhh iye ke emmmmm mcm tu.
    Lagi bersemangat lah dia nak explain.
    Dan hari tu dia bagitau “Ibu cita2 saya nak jadi Cikgu Sejarah..” Hihihi!
    Kita doakan yg baik2 untuk anak2 kita kan Ammi. Semoga berjaya bukan didunia saja malah diakhirat pun sama. ;)

    ReplyDelete
  5. Macam- macam kerenah ye..anak- anak nak membesar ammi..nanti diorang dah melangkaha kaki ke alam belajar kat U...confirm kita rindu..macam SA sekarang...dah la anak sorang...

    ReplyDelete
  6. Budak² laki ni dia belajar sekejap je.. kalau suruh buat latihan kena tgu dia duduk sekali br lah bergerak.. haha

    ReplyDelete
  7. Kertas.. buku.. sepah sana sinun memang biasa, mak2 ni ler yang tukang susun.

    ReplyDelete
  8. iyer....betul sgt. lain budak lain cara belajar nya. janji korang nek belajar..ok aje la.

    ReplyDelete