Jumaat (6.1.2023) lebih kurang pukul 3 ammi dah sampai area rumah. Minggu ni pun sebenarnya setiap hari ammi sampai rumah sebelum jam 5 petang. Nikmat mana lagi yang ingin kau dustakan Sharmila?
Masa dalam LRT ammi terbayang nak makan Mee Kari. Dah kenapa ntah 2-3 minggu ni tekak nak makan mee kari sesaja. Takkkkk saya tak pregnant. Ini nafsu ye...bukan mengidam.
Cakap ngan Abah dan teruslah kami ke Medan Selera sebelah Bomba di Sungai Besi ni. Dulu masa awal-awal kahwin ammi cukup suka makan mee kari akak ni. Dulu kedai dia duduk betul-betul berdepan dengan kedai mamak bawah pokok favorite kami. Jadi, abah order mee goreng mamak, ammi order mee kari kedai depan...gitu. Pastu bila dia pindah, kami pun hampir lupa kewujudan mee kari ni sebab yelah banyak pilihan lainkan. Hinggalah dibina medan selera ni dan ramai peniaga-peniaga dinasihatkan pindah ke situ...nak buat macam hub makananlah kot. Tapi agak tak mendapat sambutan. Dapat tau keda mee kari ni pun ada kat sini...ha moh le kita.
Haaa...hambik. Mee kari kaki ayam. RM9 je uollss..sedap.
Pastukan...yang ambil order ammi ni muka sangat familiar. Masa dia hantar air, Abah siap tanya, dulu kedai ni kat Ghani kan? Pastu dia jawab, betul...kedai mak dulu betul-betul sebelah KK. Haaaa...kira memang kami tak salah kedailah.
Ammi macam...eh kat mana pernah aku tengok budak ni ye. Muka macam familiar tapi tak tau tengok kat mana. Ammi siap bisik-bisik kat abah... dia ni pelakon ke? Muka iras macam Zul Ariffin.
Pastu ammi pun googlelah... "artis muka seperti Zul Ariffin" ha kepoh betulkan. Sekali betul kau.
Ikhram Juhari namanya.
Ahakssss....maaflah dik. Akak tak tau nama awak. Jangan kata nama awak, nama pelakon popular lain pun ammi tak kenal, ammi kenal rupa je. Kadang-kadang ammi tau lagu yang penyanyi nyanyikan tapi siapa yang nyanyi ammi taktau.
Oklah tu..walaupun dah jadi pelakon still tak malu tolong mak berniaga mee kari. Apa ada hal kan??? itulah hasil ko membesar dulu.
Masa ammi memula kahwin 18 tahun lepas masa makan adalah budak 2-3 orang kat kedai tu... masa tu takdelah hensem ahaksss....comot je ko kan.
16 Comments
mmg rare ni...mee kari kaki ayam
ReplyDeletekaki dia lembut sangat
DeleteKiki…geli hati dengan ayat akhir tu.
ReplyDeleteOoh..ada ya mi kari kaki ayam, memang betul-betul banyak kaki ayamnya.
kalau nak beli kari kaki ayam je pun dia ada jual jugak
Deleteya Allah ammi ni bukan mee kari ni, ni kari ayam boh mee heheheh. Menggoda sungguh lahai kaki ayam banyak gitu, sedap meratah. Bagus la pelakon tu tak segan bantu mak nya meniaga, bukan jenis control handsome ye.
ReplyDeletekan...tak kedekut kaki betul. jangan dikakikan ammi sudah
DeleteSaya pun dah ramai saya tak kenal. Mee kari saya masih kenal.
ReplyDeletehahah...kalau mee kari dah x kenal dah kena standby baca yassin ni...
Deletedah macam adik zul ariffin...
ReplyDeletesaya peminat kaki ayam sedapnya nampak mee kari tu
ada iraskan... ammi pun suka kaki ayam. tapi kena masak sampai lembutla
Deletesha minat juga pelakon tu tapi taktau nama haha! btw sedapnya tengok mee kari tu
ReplyDeletePertama kali nampak mee kari kaki ayam.
ReplyDeleteAduhaiii ammi...kakai ayam my peberet...dibuat kari lagi umph
ReplyDeletebanyak kaki ayam dia...sedap tu..
ReplyDeleteMakan mi kari kaki ayam banyak collagen, tu yang comel je si pelakon tu. Hehe. Eh nak gi lah cuci-cuci mata. Tiberr
ReplyDeletesama..aku pun x kenal sgt retis baru ni..ramai sgt. sama mcm syaz..mee kari aku kenal.. he he he
ReplyDelete