Kalau ammi kan... mother-tongue arwah mama adalah bahasa Jawa. Tapi masa kitorang kecik bila mama ajar cakap jawa kita dok gelakkan mama. Mungkin sebab dari lahir je dah dengar mother-tongue arwah aca. Yelah...kitorang masa dari dalam pantang lagi mendiang Acama (nenek) yang jaga. Memang mama dijaga mak mertuanya ketika dalam pantang dan mesti hari-hari kita dari baby dok dengar bahasa ibunda Aca iaitu Malayalam.
Bila dah besar sikit mama cuba ajar beberapa perkataan jawa kita dok gelak. Sekarang terasa nak ketuk kepala sendiri sebab padan muka kan dah tak pandai cakap jawa. Kalau tak sure boleh converse gurau senda dengan Dana, dengan Wak Warisan Petani, Wak Lat semua kan.
Menyesal kemudian tiada gunanya. Sekarang ni ammi terasa macam anjing tu tengah gelakkan ammi.
11 Comments
Lucu posternya tu 😆
ReplyDeleteSaya pun Jawa, mak ayah Jawa. Kawin pun dengan keluarga Jawa.
Tapi sebab kami laki bini masuk je sek men sampai sekarang berkelana, jadi tak mahir bahasa Jawa. Jarang guna. Sitik sitik yo iso 😄
Rugikan kalau tak warisi bahasa ibunda. Rugi sangat.... anak-anak saya pun rugi sama.
ReplyDeleteLa...ingatkan pokok bunga tu..hihihi
ReplyDeleteHihihihihi! Seronok Ammi banyak bahasa yg ammi tahu. Ibu harap bahasa melayu je lah bila cakap omputeh Aqil tegur “x apa ibu cakap je melayu...” aduh nak kata ibu cakap omputeh carca merba le tu. Hahaha!
ReplyDeleteBahasa jawa kan macam kelakar sikit bunyi loghatnya tapi dengar orang cakap seronok je
ReplyDeleteciknur ramai jga kwn jawa he he kadang bila dengar dorang ckp kena tanya maksudnya pula
ReplyDeleteUntungnya Ammi...boleh converse in multiple languages bcoz I bet u can speak English too..
ReplyDeletePH pun minat Bahasa Jawa, maybe sbb time belajar dulu ramai kawan-kawan keturunan Jawa...seronok dgr diorang berborak. Sbb kita dari Kedah tak pernah bergaul dgn orang Jawa, kagum la :D
hahahahha takpe kak, boleh lagi tu.... sempat lagi nk belajar
ReplyDeletefamily belah ayah ada jugak yg still cakap jawa... aku....takat kabare waras tu boleh la.... lain2 x dapat la.. he hehe
ReplyDeleteKelakar plak quotes kat komik tu...hahahaha...SA dua2 orang NS, sorang kuala pilah sorang Rantau...makanya..cakap nogori je la...cakap lain x pandai especially Minang
ReplyDeletehaha.. ada betul juga tu kan
ReplyDelete