Ammi dan masalah lutut bermula dipenghujung usia 30-an.  

Masih ingat lagi waktu ammi di office lama di bangunan AmBank Jalan Raja Chulan.  Office ammi ada 2 tingkat di situ.  Ammi difloor yang dibawah (yang lebih selesa dari segi kepadatan staff) dan main office di atas.  Jadi memang keraplah turun naik.  Nak tunggu lift memang berzamanlah sebab bangunan tu ada berapa puluh tingkat ntah.  Lupa pulak.  Jadi boleh bayang tak berapa lama nak menunggu.

So ammi prefer naik tangga je kalau takat naik atas nak bawak satu dua files.  Ammi handle 4 bosses masa di office tu jadi agak kerap jugalah ammi naik ke atas sebab ammi prefer settlekan masalah sendiri dari tinggalkan dokumen di "shuttle tray" dan akan ada orang yang datang, collect dan distribute di atas sana.  Being meeee...i prefer to do it myself supaya tak ada issue "noooo i did not get any of your papers", "when did you pass it to me" kind of situation.  Belajar melalui pengalaman gitu.

Masa kerap turun naik tu lah ammi perasan ada bunyi-bunyi duit syiling tiap kali ammi turun tangga.  Ada bunyi yang keluar dari lutut ni.  Tak sakit cuma bunyi je.  Sebab tak sakit apa jadi???? I IGNORED!

Tapi sekarang di usia menghampiri 44 dan ammi memang banyak berjalan memang terasa sakit.  Bila solat tu sujud, duduk tahiyat semua ok tapi masa "nak sujud" tu yang masalah.  


Ammi ke pharmacy and pharmacist suggest yang ini untuk permulaan.  Teringat arwah mama pun makan supplement yang sama untuk lutut.  Welcome my new friend Glucosamine.

Bertabahlah.  Alhamdulillah setakat di usia menghampiri 44 ni ammi masih dari segi darah tinggi, kencing manis semua...masalah ammi LUTUT.  Tak ada insurans betullah lutut ni.  Kasi canlah sikit.