Kyra dan pertandingan-pertandingan disekolah, ibarat isi dengan kuku. Ada pertandingan atau persembahan mesti ada muka dia. Lepas tu setiap kali pertandingan jenis bicara berirama, kalam jamaie ni balik-balik dia jadi Conductor. Dari sekolah rendah membawa ke sekolah menengah.
Pertandingan Kalam Jamaie 2022 peringkat Kuala Lumpur ni diadakan di Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz (SMISTA) sekitar penghujung November atau awal Disember. Tak ingat pulak ammi exact datenya bila. Tulah bila lama sangat perap content...ginilah jadinya. Yang ammi ingat pertandingan dibuat hari Jumaat dan hari yang patutnya dia pulang bermalam. Selalunya abah jemput dia selepas solat Jumaat, tapi haritu ammi dulu yang sampai ke rumah dari office. Hampir pukul 6.30 petang baru Kyra sampai ke asrama. Mujur juga asrama dan rumah cuma sepelaung...kalau tidak mau malam juga baru dia sampai rumah.
Ammi sebenarnya bagi tau kat dia untuk stop dari sertai mana-mana pertandingan sebab dia macam dah spend banyak masa untuk pertandingan Bicara Berirama haritu. Ammi nak dia fokus pada pelajaran pulak.
Tau-tau dia call bagi tau dia join kalam jamaie ni juga sebab dia kesian kat Ustazah. Tak ada sesiapa yang nak jadi conductor. Ehhhhhhh dia ni.
5 Comments
Concern betul Ammi dgn tudung Kyra ye haha ..
ReplyDeleteTahniah Kyra & team.
Anak pompuan gini kot Ammi ..anak PH si Kakak tu mcm ni juga, semua benda dia tapau; netball, nyanyi, menari :D
Baguslah aktif dalam aktiviti sekolah selain banyak pengalaman dia perolehi. Tahniah kyra. Tudung herot berot anak sweet je tu
ReplyDeleteAlhamdulillah...eh..Kyra ni sama la macam Dania...apa2 duit kemenangan dia simpan elok kekal dalam envelope, tanya dia nak simpan sampai bila...itu kenangan katanya...kenangan yang x mungkin boleh dijual beli..aihhhh...bebudak ni semua kan...
ReplyDeletecantik baju anak dara tu kak, tahniah buat si kakak dan kawan-kawannya ya
ReplyDeleteAlhamdulillah! Tahniah Kyra. Ibu plg suka tgk Kyra senyum eh sengeh eh gelak hahahahaha mmg budak yg sentiasa ceria. Sebaya bdk Aqil kan Ammi lahir tahun 2008 kan? Kyra aktif budaknya. Penuh dgn keyakinan diri. Semoga terus sukses ye nak. Herot pun dia ttp lawa. Manis melecet senyuman dia tu. ;)
ReplyDelete