Ada orang dia boleh makan segala jenis makanan. Kira orang dulu kata jenis tolak batu dengan kayu je. Tapi ammi ni ada benda yang ammi pernah cuba untuk makan tapi tekak ammi tak boleh nak terima. Memang auto reject selepas beberapa suapan.
Laksa Penang
Laksa penang ni bau dia memang memanggil sangatkan. Nak-nak pulak bau petis ke otak-otak tu. Ammi pernah cuba makan masa zaman belajar kat U dulu. Masa sebelum masuk U ammi tak pernah jumpa laksa sebab arwah mama tak pernah masak laksa dan kita bukan berduit sangat pun nak suka-suka gi makan kat luar gitukan. Mee kari tu memang biasalah.
Jadi di dewan makan dorang sediakan laksa. Ammi pun makanlah...kata dewan makan ko bukan ada pilihan pun. Makan sesuap, dua suap rasa sedap tapi ammi jadi auto meremang bulu-bulu tengkuk dan makanan tu memang dok parking kat tekak tunggu masa untuk diluahkan. Memang lajulah ammi berlari ke toilet masa tu. Takkan nak luah kat sinki kat dewan makan pulak. Settle "luahan tekak" kembali ammi ke dewan makan, ammi cuma ambil telur dan timun je. Ater takkan nak berlapar pulak. Makanlah buah lebih sikit.
Gambar dari google:
Cik SalmySaznita, ammi pinjam gambar awak ye. Menarik betul warna kuning telur tu.
Then, masa dah kerja pun ammi penah try. Office mate semua order laksa and ammi pun join sekali. Makan bergelak gembira kat pantry sambil tengok cerita Yo Soy Betty La Fea dan tiba-tiba kau berpeluh tak hengat rasa nak pitam dan sekali lagi berlarilah ammi ke toilet.
Ammi ni terkena sumpahan laksa ke apa ntah ahaksssss... tapi laksa sarawak, laksa johor, laksa asam elok je ammi makan.
Since then, I never touch laksa penang lagi dah. Takuttttt.
Ikan Patin
Ini terjadi tanpa ammi tau ammi makan ikan apa sebenarnya. Ammi tapau lauk di office, main ambik je ikan tu pastu balik office dan makan dengan office mate. Ingat lagi masa tu ammi makan berdua dengan Abg Bakri sebab kawan lain puasa ganti. Abg ni sorang je yg available kat office. Tengah-tengah makan tu ammi rasa mual dan memang tak boleh nak control rasa nak muntah.
Selesai urusan di bilik air tu semua ammi masuk balik kat pantry nak buang lauk tu dan abg Bakri tu laju je dia tahan...
Abang Bakri: eh kamu nak buang ke ikan tu? Meh sini bagi abang. Sedap tu ikan patin.
Ammi: Ishhh abang ni...saya dah muntah tadi kan?
Abang Bakri: Kamu bukan muntah dalam nasi ni. Jangan bazir.
Allah...itulah persahabatan kami di office lama tu. Semua anggap ammi macam adik bongsu dorang. Ammi stay back di office pun dorang siap bekalkan selimut, ubat nyamuk bagai.
Baru ammi tau itu ikan patin. Ammi tak boleh terima rasa ikan tu yang lembik-lembik kot.
Gambar dari Google
Tempoyak
Tang tempoyak ni ammi pun taktau kena ammi tak suka. Pernah cuba tapi ammi rasa tak best dan bau dia buat potong selera ammi. Lepas dah kahwin dengan abah, rupanya ammi ada gang. Arwah bapak mertua ammi "haramkan" terus tempoyak dari ada dalam rumah. Lagi senang urusan perut ammi.
Gambar dari Google
Ikan Keli
Dari kecik ammi tak berselera tengok ikan keli. Rasa geli dengan rupanya kot. Kalau mama masak, untuk ammi akan ada telur atau lainlah sebab ammi memang sanggup makan nasi putih semata kalau tak ada lauk lain.
Anak-anak semua suka makan ikan keli sebab abah ajar. Lantaklah korang suka tapi memang ammi tak masak kat rumah. Pernah cuba nak masak sebab fikir suami dengan anak-anak suka. Tapi ammi pegang je ikan tu terus meremang-meremang sampai gigil lutut. Rasa nak terkencing pun ada gak masa tu. Apa punya perangai ntah ammi ni. Sudahnya abah jelah yang selesaikan dari mula sampai ke sudah.
Itulah 4 makanan yang ammi rasa orang kata sedap tapi ammi tak ingin dah mencuba.
12 Comments
Laksa dan tempoyak saya suka. Tapi segala jenis tapai, langsung tak boleh nak masuk.
ReplyDeleteIkan patin tu kesukaan kita asalkan bukan ikan patin kolam.
ReplyDeleteSaya pula, yang tak dapat terima adalah serati dan siput sedut 😅
ReplyDeleteAmmi keempat2 semua tu feberet ibu Aqil. Hihihihihihi! X apa kita masing2 ada selera masing2 kan.. Apapun aduhhhh tgk semua menu2 di atas ibu lapaq..
ReplyDeleteSemua makanan di atas saya suka kecuali ikan keli.
ReplyDeletePH alhamdulillah kebanyakan makanan boleh terima...tp ada juga yg tekak reject. Contohnya rebung jeruk. Tak tahan baunya. Tp rebung fresh PH makan...sedap :D
ReplyDeletetak sama lain org lain ✌️😁 ikan patin dan seangkatan ikan sg pun ciknur x mkn. Tak blh masuk tekak
ReplyDeletetempoyak...leh geng. petai & jering pun.. i is cannot terima.
ReplyDeletesaya la tu jenis tolak batu dan kayu je hehe
ReplyDeleteheheehheeh dana boleh tumpang gelak je ammi, betul teruk sumpahan ammi kene ni hehehhe. Dana paham sebab dulu-dulu masa pertama kali pun tak berapa suka sebab bau dia tp sebab dana ni jenis yang suka mencuba ok je. Cuma yang paling tak suka rebung jeruk, bau hancing dia tu memang tak boleh terima dek tekak.
ReplyDeleteHadir support AMMI
ReplyDeletesemua tu sedap la ammi..
ReplyDelete